Ahad, 21 Julai 2019 | 9:39pm
BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Foto Syarafiq Abd Samad
BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Foto Syarafiq Abd Samad

Peng Soon-Liu Ying tekad bangkit di Jepun

 

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tekad untuk menjadikan saingan Terbuka Jepun sebagai medan kebangkitan selepas terkandas di separuh akhir Terbuka Indonesia, semalam.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mengakui kecewa kerana terlepas peluang terbaik bagi melangkah ke final kejohanan di Jakarta itu dengan mereka percaya mampu menghasilkan keputusan lebih baik. 

Pada aksi separuh akhir semalam, mereka tewas di tangan pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Donping 13-21, 20-22.

"Set pertama kami gagal bermain dengan corak permainan kami sendiri. Namun, set kedua kami sudah bermain dengan baik dan taktikal pun sudah betul.

"Cuma, ada beberapa kesilapan mudah yang sepatutnya tidak berlaku. Kami sebenarnya yakin mampu memenangi set kedua dan mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi malangnya kami gagal.

"Kami sedikit kecewa kerana kalah di separuh akhir yang mana kami sebenarnya mampu buat lebih bagus. Diharapkan, kejohanan seterusnya (Terbuka Jepun) kami boleh hasilkan keputusan lebih baik," kata Liu Ying kepada BH Sukan.

Kejayaan mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia adalah pencapaian terbaik Peng Soon-Liu Ying dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000 tahun ini selepas tersingkir di pusingan kedua Seluruh England, Mac lalu.

Di Tokyo, pasangan itu akan memulakan kempen menentang beregu China, He Ji Ting-Du Yue.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X