Sabtu, 27 Julai 2019 | 3:28pm
BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Foto Syarafiq Abd Samad
BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Foto Syarafiq Abd Samad

Peng Soon-Liu Ying gagal balas dendam

KUALA LUMPUR: Perjuangan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Terbuka Jepun berakhir selepas tewas pada aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Peng Soon-Liu Ying terus dibayangi kehebatan pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Duangping apabila tewas 10-21, 6-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 31 minit.

Ini kali kedua dalam tempoh tujuh hari pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tewas kepada Yi Lyu-Dongping selepas turut mengalami nasib sama ketika separuh akhir Terbuka Indonesia, minggu lalu.

Peng Soon-Liu Ying yang kini menghuni ranking nombor lima dunia akan meneruskan pemburuan mata untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020 dengan beraksi pada Terbuka Thailand, bermula Selasa ini.

Mereka akan membuka tirai kempen menentang beregu campuran India, Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa pada aksi pusingan pertama di Bangkok.

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X