Selasa, 13 Ogos 2019 | 8:41am
Richard Gasquet. - Foto USA TODAY Sports

Gasquet beri kejutan buat Murray

CINCINNATI: Juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray berkata dia bermain baik dalam perlawanan perseorangan pertamanya dalam tempoh tujuh bulan – walaupun tewas 6-4, 6-4 kepada Richard Gasquet di Masters Cincinnati.

“Saya tak tahu sangat apa yang saya jangkakan sebenarnya,” kata Murray, yang sebelum ini berehat sejak Januari berikutan kecederaan tulang pinggul. “Saya melakukan okey.

“Ada banyak perkara yang saya boleh lakukan dengan baik pada perlawanan itu tetapi anda juga perlu lebih realistik dalam apa yang anda jangkakan, daripada segi bagaimana anda bermain sebenarnya dan memukul bola.”

“Kaki saya terasa sedikit berat pada penghujung perlawanan. Apabila Richard melakukan pukulan drop, ada beberapa kali saya tak berlari ke arah bola, tidak memberi sebarang reaksi.

“Semua itu tidak ada kaitan dengan tulang pinggul saya, itu adalah saya yang tidak berlari ke arah bola.”

Murray tidak bermain dalam perlawanan acara perseorangan sejak tersingkir ketika perlawanan pertama Terbuka Australia, di mana dia bimbang dengan masa depannya yang dikhuatiri sudah berakhir sehinggalah dia menjalani pembedahan pada 28 Januari lalu dan kembali semula. – AFP

 

360 dibaca
Berita Harian X