Khamis, 15 Ogos 2019 | 10:08am
YOSHIHITO Nishioka membalas pukulan Kei Nishikori dalam saingan pusingan kedua Kejohan ATP Cincinnati Masters, pagi tadi. - Foto AFP

Nishioka kalahkan Nishikori di Cincinnati Masters

CINCINNATI: Yoshihito Nishioka mencapai impiannya apabila menewaskan rakan senegara yang juga idolanya, Kei Nishikori 7-6 (7/2), 6-4 dalam saingan pusingan kedua Kejohan ATP Cincinnati Masters, pagi tadi.

Nishikori, pilihan keenam dan pemain nombor satu Asia, tunduk di tangan pemain ranking ke-77 yang berusia 23 tahun itu dalam masa 90 minit.

"Saya sangat teruja dapat bertanding dengannya kerana dia adalah wira tenis Jepun dan Asia,” kata Nishioka.

"Saya tdak dapat tidur semalam. Saya kenal dia. Saya selalu menonton perlawananya semasa saya kecil. Saya banyak belajar daripadanya.

"Saya cuba atasi dia dengan kelemahannya, saya hanya mahukan aksi terbaik menentang hero saya ini.

"Ini adalah pengalaman beharga buat saya. Hari ini saya belajar banyak perkara darinya. Apa yang penting ialah saya dapat berlawan dengannya.”

Nishikori, finalis Terbuka Amerika Syarikat 2014, tidak pernah melepasi pusinan ketiga di Cincinnati manakala Nishioka tampil buat pertama kali pertama di sini.

Nishioka kini memburu tiket suku akhir dengan menentang wakil Australia, Alex de Minaur, lewat hari ini. – AFP

Berita Harian X