Selasa, 3 September 2019 | 8:19am
MATTEO Berrettini membalas pukulan Andrey Rublev di Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi. - Foto AFP
MATTEO Berrettini membalas pukulan Andrey Rublev di Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi. - Foto AFP

Berrettini mara, Osaka pula tersungkur

NEW YORK: Wakil Itali, Matteo Berrettini buat julung kali mara ke suku akhir Grand Slam selepas menewaskan pemain Russia, Andrey Rublev 6-1 6-4 7-6(6) di Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.

Berrettini, selaku pilihan ke-24 menggunakan kekuatan pukulannya untuk merakam mata kemenangan di Stadium Louis Armstrong itu.

“Senjata saya terbukti berkesan hari ini, saya campur adukkan gaya pukulan saya,” kata Berrettini yang mengumpul 37 mata kemenangan keseluruhan.

Rublev, pemain di ranking ke43 dunia yang mengatasi gandingan pemain Switzerland Roger Federer dan Stan Wawrinka di Terbuka Cincinnati bulan lalu, tampil sebagai pemain pilihan namun jaguh Russia itu bergelut melakukan servis dan hanya 56 peratus berjaya manakala 67 peratus lagi tersasar.

Berrettini akan berdepan sama ada pemain pilihan ke-13 dari Perancis, Gael Monfils atau wakil Sepanyol, Pablo Andujar di suku akhir esok.

Dalam pada itu, pilihan ke-13 dari Switzerland, Belinda Bencic mengejutkan juara bertahan, Naomi Osaka dan bakal bertemu Donna Vekic, di suku akhir.

Bencic merakam kemenangan 7-5, 6-4 iaitu pencapaian terbaiknya dengan mengatasi lima pemain teratas WTA sekali gus bakal menyaksikan pemain Jepun berusia 21 tahun itu akan tercicir mata rankingnya minggu depan.

NAOMI Osaka membalas pukulan Belinda Bencic di Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi. - Foto AFP
NAOMI Osaka membalas pukulan Belinda Bencic di Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi. - Foto AFP

"Cabarannya sangat hebat menentang Naomi, saya perlu mengerah segala-galanya dalam perlawanan itu dan saya akhirnya lega dapat mengawal perasaan gemuruh sehingga akhir,” kata Bencic.

Bencic, 22, merakam kejayaan ketiganya ke atas Osaka sejak menyertai Terbuka AS pada 2014 selepas memenangi cabaran pertama di Indian Wells dan Terbuka Madrid.

"Dia bermain dengan kemas. Dia memiliki pelan pemainan tertentu yang diserlahkan, dia terlalu agresif,” kata Osaka.

"Saya perlu menilainya dan sangat terkejut tetapi saya tidak akan naik gila dengan kekalahan ini. Sudah tentu saya mahu mencapai ke tahap tertinggi seperti saya sasarkan ketika di Australia.” – Reuters

Keputusan (perseorangan lelaki): 

Matteo Berrettini (ITA) mn Andrey Rublev (RUS) 6-1, 6-4, 7-6 (8/6)

Diego Schwartzman (ARG) mn Alexander Zverev (GER) 3-6, 6-2, 6-4, 6-3

(Perseorangan wanita): 

Belinda Bencic (SUI) mn Naomi Osaka (JPN) 7-5, 6-4

Donna Vekic (CRO) mn Julia Goerges (GER) 6-7 (5/7), 7-5, 6-3

Elise Mertens (BEL) mn Kristie Ahn (USA) 6-1, 6-1

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X