Ahad, 8 September 2019 | 10:23am
Bianca Andreescu dari Kanada memperagakan trofi kejuaraan apabila menewaskan Serena Williams pada final Terbuka Amerika Syarikat, hari ini. - Foto USA TODAY

Williams tumbang di tangan Andreescu

NEW YORK: Serena Williams bersemangat dengan sorakan daripada 24,000 peminat di Stadium Arthur Ashe, namun ia tetapi tidak mencukupi untuk menewaskan Bianca Andreescu dalam aksi final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan Williams 6-3, 7-5 untuk merangkul gelaran Grand Slam pertama selepas mengharungi pertarungan sukar di set kedua.

“Ia adalah tenis yang menakjubkan,” kata Williams. “Saya harap saya dapat bermain lebih baik.”


Juara Terbuka Amerika Syarikat, Bianca Andreescu (kanan) bersama naib juara, Serena Williams dengan piala masing-masing. - Foto AFP

Percubaan Williams untuk menyamai rekod sepanjang zaman milik Margaret Court dengan memiliki 24 gelaran Grand Slam tidak kesampaian.

Ia adalah final Slam keempat berturut-turut dari tahun lalu di Terbuka AS dan Wimbledon, di mana Williams berpeluang untuk menyamai pencapaian berkenaan.

“Saya tahu anda semua mahu Serena menang. Saya minta maaf,” katanya kepada peminat selepas perlawanan. – AFP

965 dibaca
Berita Harian X