Khamis, 19 September 2019 | 9:48pm
BEREGU negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong. - Foto Syarafiq Abd Samad
BEREGU negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. - Foto Syarafiq Abd Samad
BEREGU campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Tiga beregu negara ke suku akhir Terbuka China

KUALA LUMPUR: Beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka China selepas menumpaskan lawan masing-masing dalam aksi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Beijing, hari ini. 

V Shem-Wee Kiong yang muncul juara Terbuka Taiwan baru-baru ini berjaya menumpaskan Mathias Boe-Mads Conrad Petersen 21-13, 22-24, 27-25.

Pasangan Yew Sin-Ee Yi pula berjaya mengetepikan pilihan kelapan kejohanan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 14-21, 25-23.

Menanti V Shem-Wee Kiong di suku akhir adalah pilihan utama dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang menumpaskan Choi Solgyu- Seo Seung Jae (Korea Selatan) 22-20, 18-21, 23-21.

Turut mara ke suku akhir adalah beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mengalahkan pilihan kelapan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith 18-21, 21-17, 22-20.

Mereka akan berdepan musuh tradisi dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Tearattanachai. 

Dechapol-Sapsiree mara selepas menumbangkan gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 19-21, 21-10, 21-11.

Berita Harian X