Isnin, 9 Disember 2019 | 2:50pm
PEMAIN perseorangan wanita, S Kisona beraksi dalam perlawanan menentang pemain Indonesia, Ruselli Hartawan pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Foto Osman Adnan
PEMAIN perseorangan wanita, S Kisona beraksi dalam perlawanan menentang pemain Indonesia, Ruselli Hartawan pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Foto Osman Adnan

Kisona lakar kejutan raih emas

MANILA: Pemain perseorangan wanita, S Kisona membuktikan dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar selepas memenangi pingat emas acara itu pada Sukan SEA 2019, sebentar tadi.

Kisona, 21, yang menjadi sandaran skuad negara selepas ketiadaan pemain utama, Soniia Cheah nyata tidak mengecewakan.

Dia menunjukkan semangat juang tinggi ketika menewaskan  Ruselli Hartawan dari Indonesia 20-22, 21-14, 21-13 dalam aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa.

REAKSI S Kisona ketika perlawanan menentang pemain Indonesia, Ruselli Hartawan pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Foto Osman Adnan
REAKSI S Kisona ketika perlawanan menentang pemain Indonesia, Ruselli Hartawan pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Foto Osman Adnan

Ia emas pertama buat skuad badminton negara pada temasya kali ini dengan dua lagi wakil negara membabitkan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut akan beraksi di final hari ini.

Kejayaan Kisona menyaksikan dia berjaya mempertahankan emas yang dimenangi rakan sepasukan, Goh Jin Wei pada edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Terdahulu, dalam aksi final beregu campuran, nasib tidak menyebelahi pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie apabila terpaksa berpuas hati dengan perak.

Mereka tewas di tangan pilihan pertama dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia 19-21, 21-19, 21-23.

Berita Harian X