Jumaat, 10 Januari 2020 | 8:47pm
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menumbangkan naib juara dunia 2018, Shi Yuqi dari China dalam aksi suku akhir Masters Malaysia. - Foto AFP
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menumbangkan naib juara dunia 2018, Shi Yuqi dari China dalam aksi suku akhir Masters Malaysia. - Foto AFP

Shi Yuqi mangsa terbaru Zii Jia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai 'pembunuh gergasi' selepas dia menumbangkan naib juara dunia 2018, Shi Yuqi dari China dalam aksi suku akhir Masters Malaysia, sebentar tadi.

Walaupun tewas 12-21 di set pertama, aksi Zii Jia kembali mencuri tumpuan penonton apabila dia menang 21-16 di set kedua sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Kedua-dua pemain mempamerkan aksi menghiburkan di set ketiga apabila saling mengejar mata namun Zii Jia lebih unggul untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 21-19.

Zii Jia sebelum ini pernah menumbangkan beberapa jaguh dunia termasuk pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China, Viktor Axelsen (Denmark) dan  Chou Tien Chen (Taiwan).

Malah, dia membuka tirai kempen kali ini dengan kemenangan ke atas naib juara dunia 2019 dari Denmark, Anders Antonsen di pusingan pertama.

Aksi separuh akhir esok dijangka lebih menarik apabila Zii Jia bakal bertemu pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X