Ahad, 12 Januari 2020 | 8:08pm
Juara katagori perseorangan lelaki, pemain Jepun, Kento Momota berjaya menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Eizairi Shamsudin

Momota raih gelaran sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia, Kento Momoto membuktikan statusnya apabila merangkul gelaran juara Masters Malaysia, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas bintang Jepun berkenaan menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen 24-22, 21-11 dalam aksi final kejohanan yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Lebih manis, ini adalah gelaran pertama diraih Momota di bumi Malaysia selepas pencapaian terbaiknya sebelum ini adalah muncul naib juara Terbuka Malaysia 2018.

Sementara itu, saingan dalam acara perseorangan wanita menyaksikan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Yu Fei menepati ramalan apabila muncul juara selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Tai Tzu Ying dari Taiwan 21-17, 21-10.

Gaya juara katagori perseorangan lelaki, pemain Jepun, Kento Momota berjaya menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Eizairi Shamsudin

Bagi acara beregu lelaki, gandingan berpengalaman Korea Selatan, Lee Yong Dae-Kim Gi Jung yang bergerak secara profesional mengejutkan juara dunia 2018, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China dengan kemeangan 21-14, 21-16.

Beregu wanita China, Li Wen Mei-Zheng Yu turut meletakkan nama mereka dalam senarai juara edisi 2020 apabila menundukkan rakan senegara, Du Yue-Li Yin Hui 21-19, 16-21, 21-19 dalam aksi final.

Bagi acara beregu campuran, gelaran juara menjadi milik pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Ya Qiong yang mengatasi rakan senegara, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (CHN) 21-19, 21-12.

Reaksi Kento Momota (kanan) Jepun selepas menang menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto AFP

Keputusan Final Masters Malaysia

Perseorangan lelaki
Kento Momota (JPN) mn Viktor Axelsen (DEN) 24-22, 21-11

Perseorangan wanita
Chen Yu Fei (CHN) mn Tai Tzu Ying (TPE) 21-17, 21-10

Beregu lelaki
Lee Yong Dae-Kim Gi Jung (KOR) mn Li Jun Hui-Liu Yu Chen (CHN) 21-14, 21-16

Beregu wanita
Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) mn Du Yue-Li Yin Hui (CHN) 21-19, 16-21, 21-19

Beregu campuran
Zheng Siwei-Huang Ya Qiong (CHN) mn Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (CHN) 21-19, 21-12

Berita Harian X