Khamis, 23 Januari 2020 | 8:47pm
PEMAIN perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tewas pada pusingan kedua Masters Thailand. NSTP/Eizairi Shamsudin

Zii Jia kandas

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia kembali mempamerkan aksi kurang konsisten apabila tewas pada pusingan kedua Masters Thailand, sebentar tadi.

Zii Jia tewas kepada pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee 21-19, 15-21, 21-16 dalam tempoh 53 minit.

Taruhan utama negara ke Olimpik Tokyo itu sebelum ini tewas seawal pusingan pertama di Masters Indonesia selepas cemerlang mara ke separuh akhir Masters Malaysia.

Juara perseoranga lelaki Sukan SEA Manila itu semalam menewaskan Sameer Verma 16-21, 15-21 pada pusingan pertama.

 

 

Berita Harian X