Ahad, 15 March 2020 | 3:13pm
Reaksi Lee Zii Jia selepas tewas kepada Viktor Axelsen pada saingan All England. - Foto Reuters
Reaksi Lee Zii Jia selepas tewas kepada Viktor Axelsen pada saingan All England. - Foto Reuters

Bravo Zii Jia - Reezal Merican

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia di atas pencapaiannya mara ke separuh akhir Seluruh England.

“Tahniah Lee Zii Jia di atas kejayaan mara sehingga peringkat separuh akhir Seluruh England 2020 dengan memberikan saingan sengit sebelum tewas 21-17, 13-21, 21-19 kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dalam penyertaan sulung pada kejohanan itu.

“Zii Jia juga menumbangkan juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China dalam dua set sahaja pada peringkat suku akhir. Bravo Zii Jia! Keep it up!,” kata Reezal dalam kenyataan di Twiter miliknya.

Selain Chen Long, Zii Jia turut menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari Indonesia, Jonatan Christie di pusingan pertama sebelum menang ke atas pemain China, Lu Guang Zu di pusingan kedua.

Berita Harian X