Ahad, 22 March 2020 | 11:11am
Gambar fail, reaksi Serena Williams dari Amerika Syarikat ketika menentang Wang Qiang dari China semasa perlawanan perseorangan wanita di Kejohanan Tenis Australia Terbuka di Melbourne pada 24 Januari 2020. - Foto AFP
Gambar fail, reaksi Serena Williams dari Amerika Syarikat ketika menentang Wang Qiang dari China semasa perlawanan perseorangan wanita di Kejohanan Tenis Australia Terbuka di Melbourne pada 24 Januari 2020. - Foto AFP

Penjarakan sosial buat Serena tertekan

LOS ANGELES: Bintang tenis Serena Williams berkata dia menjadi tertekan ketika menjalani penjarakan sosial yang dicadangkan pakar kesihatan dalam usaha menghalang penularan COVID-19.

Juara 23 kali Grand Slam itu memuat naik beberapa siri video di media sosial menceritakan kerisauan terhadap anak perempuannya yang berusia dua tahun, Olympia.

“Sekarang saya menjalani penjarakan sosial untuk tempoh yang lama, mungkin sudah dua minggu sekarang, dan setiap perkara kecil membuat saya gila.

“Setiap kali seseorang bersin berhampiran saya atau batuk saya naik angin. Saya tidak meluangkan waktu dengan sesiapa, dan maksud saya ialah anak perempuan saya.

“Dia batuk, saya jadi marah dan menjelingnya. Saya tunjukkan ‘kemarahan Serena’ dan kemudian saya jadi sedih.

“Saya tertanya-tanya, adakah dia okay? Ada apa-apa yang tidak kena dengan anak saya? Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak tahu apa nak buat dan ketika saya sepatutnya bertenang, saya jadi semakin tertekan,” kata Williams, 38. – AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X