Sabtu, 29 Ogos 2015 | 6:54pm

Wanita maut, suami cedera motosikal bergesel lori

ANGGOTA Polis melakukan siasatan tempat kejadian kemalangan yang menyebabkan Sharni Hassim maut setelah motosikal yang dibonceng bersama suaminya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Kuala Kedah menghala ke Simpang Kuala. - Foto Gambar Ihsan Pembaca

ALOR SETAR: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Simpang Kuala, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Md Jan, berkata nahas pada 9.18 pagi itu menyebabkan Sharni Hassim, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Shahrizan Abu Bakar, 35, cedera ringan.

"Lori terbabit dalam perjalanan ke Simpang Empat dari Kuala Kedah, manakala motosikal dinaiki mangsa pula menghala ke Alor Setar dari Kuala Kedah," katanya.

"Suami mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini.

- BERNAMA

Berita Harian X