Rabu, 6 Januari 2016 | 3:38pm

Tiga maut nahas ngeri di Bintulu

TIGA terbunuh selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka bertembung sebuah lori kargo di Kilometer 72, Jalan Selangau-Bintulu berhampiran Tatau, petang tadi. - Foto ihsan bomba
TIGA terbunuh selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka bertembung sebuah lori kargo di Kilometer 72, Jalan Selangau-Bintulu berhampiran Tatau, petang tadi. - Foto ihsan bomba

BINTULU: Tiga terbunuh selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Kilometer 72, Jalan Selangau-Bintulu berhampiran Tatau, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang ini, pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Ngu mendakwa, kereta terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu merempuh lori dipandunya.

Beliau yang dalam perjalanan dari Sibu ke Samalaju, berkata kesan pelanggaran yang kuat menyebabkan kenderaan mangsa remuk dan terperosok di bawah lorinya.

Sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Berita Harian X