Jumaat, 31 March 2017 | 12:06am
PENEMUAN artifak bersejarah di Bukit Maras antara bukti awal Santubong pernah menjadi pelabuhan terpenting bagi laluan perdagangan China di Asia Tenggara. - Foto Rudi Afendi Khalik
PENEMUAN artifak bersejarah di Bukit Maras antara bukti awal Santubong pernah menjadi pelabuhan terpenting bagi laluan perdagangan China di Asia Tenggara. - Foto Rudi Afendi Khalik
SERPIHAN koleksi seramik, termasuk tembikar China antara artifak bersejarah ditemui di lokasi arkeologi di Bukit Maras, Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik

Serpihan seramik singkap sejarah Santubong

SANTUBONG: Penemuan serpihan seramik, termasuk tembikar berusia ratusan tahun di tapak pembinaan di Bukit Maras berhampiran Kampung Santubong, di sini, antara bukti awal kawasan itu pernah menjadi pelabuhan penting suatu ketika dulu.

Difahamkan, penemuan artifak bersejarah itu yang dipercayai dari era Dinasti Song, turut membuktikan kawasan terbabit antara lokasi persinggahan bagi laluan perdagangan China di Asia Tenggara.

Ketua Bahagian Arkeologi Muzium Sarawak, Mohd Sherman Sauffi, berkata berikutan penemuan terbaru itu, operasi pembangunan tanah di kawasan itu dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ekskavasi oleh petugas kurator.

Katanya, prosedur berkenaan juga bagi membolehkan jabatan itu menyelamatkan pelbagai artifak bersejarah di tapak pembinaan itu untuk penyelidikan lanjut.

"Hasil pemeriksaan permukaan di tapak pembangunan membawa kepada penemuan serpihan seramik dan serpihan tembikar lama.

LOKASI arkeologi terbaru yang ditemui di Bukit Maras berhampiran Kampung Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik
LOKASI arkeologi terbaru yang ditemui di Bukit Maras berhampiran Kampung Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik

PETUGAS Muzium Sarawak menjalankan kerja-kerja penggalian susulan penemuan artifak bersejarah di Bukit Maras. - Foto Rudi Afendi Khalik
PETUGAS Muzium Sarawak menjalankan kerja-kerja penggalian susulan penemuan artifak bersejarah di Bukit Maras. - Foto Rudi Afendi Khalik

"Kita percaya masih banyak artifak terbenam di tapak pembinaan itu dan kerja-kerja ekskavasi sedang dirancangkan dalam tempoh terdekat," katanya.

Pakar seni batu, Dr Paul SC PTacom dari Griffith University, Queensland, Australia turut hadir ke tapak lokasi untuk melihat batu-batuan yang musnah, serta mengenal pasti sekiranya ada batu relik yang tidak disedari selama ini.

Untuk rekod, Dr Tacom dan Sherman adalah individu yang menemukan 22 batu ukir berhampiran Batu Buaya di Pantai Tanjong Teguk dan di Santubong.

Sherman berkata, usaha ekskavasi ini adalah usaha terakhir dan penting bagi mengenal pasti artifak yang boleh mengaitkan wujudnya perhubungan antara kawasan terbabit dengan zaman kegemilangan laluan perdagangan China ribuan tahun dahulu.

Ini berikutan wujudnya maklumat lisan yang menyatakan kawasan itu pernah menjadi lokasi persinggahan anggota rombongan Laksamana Cheng Ho, antara tokoh terpenting dalam meneroka hubungan dagang negara itu dengan benua Afrika dan Asia.

LOKASI arkeologi terbaru yang ditemui di Bukit Maras berhampiran Kampung Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik
LOKASI arkeologi terbaru yang ditemui di Bukit Maras berhampiran Kampung Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik

Serpihan koleksi seramik, termasuk tembikar China antara artifak bersejarah ditemui di lokasi arkeologi di Bukit Maras, Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik
Serpihan koleksi seramik, termasuk tembikar China antara artifak bersejarah ditemui di lokasi arkeologi di Bukit Maras, Santubong. - Foto Rudi Afendi Khalik

Sherman ketika mengulas lanjut, proses ekskavasi akan dilaksanakan secara intensif dengan kawasan yang dikenal pasti untuk tujuan itu sudah melalui proses penandaan oleh petugas kurator.

Isnin lalu, proses pencarian permukaan telah menemukan 86 serpihan yang dipercayai dari Dinasti Song. Dinasti Song di China wujud sejak tahun 960 hingga 1279 Masihi dengan ibu negaranya adalah Bianjing dan Lin'an, sebelum digantikan dengan Dinasti Yuan.

Sebelumnya pada Jumaat, projek pembangunan di Bukit Maras yang bermula sejak Oktober tahun lalu dihentikan serta-merta selepas kerja-kerja penarahan tapak warisan sejarah itu mendapat pendedahan media.

Malah, tindakan itu juga bagi membolehkan agensi berkaitan, khususnya Muzium Sarawak menjalankan proses penggalian bagi tujuan menyelamatkan artifak bersejarah yang ditemui di lokasi berkenaan.

Terletak berhadapan tapak Bongkissam, ia adalah lokasi penemuan relik Buddha, Gupta yang menyerupai gajah dan kepala oleh Kurator Muzium Sarawak ketika itu, Tom Harrison.

Ia sekali gus membuktikan wujud peradaban awal di Santubong, dipercayai sejak abad ke-5 Masihi sebelum era kedatangan Islam.

Di lokasi sama juga, turut ditemui tahi besi, yang memberikan keyakinan bahawa kemungkinan wujudnya aktiviti perdagangan selain Santubong pernah muncul sebagai sebuah kerajaan maritim.

INFO

  • 500 meter persegi keluasan kawasan prasejarah yang terjejas.

  • Dinasti Song pertama kali memperkenalkan penggunaan wang kertas selain mewujudkan tentera laut yang tetap dan memperkenalkan serbuk peledak.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X