Sabtu, 1 April 2017 | 12:14am
ALEESYA bersama teman bersedia untuk meniup kek hari lahirnya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
ALEESYA bersama teman bersedia untuk meniup kek hari lahirnya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
ANTARA aktiviti yang dilakukan Erra bersama anaknya pada majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
ANTARA aktiviti yang dilakukan Erra bersama anaknya pada majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography

Anak Erra mahu adik

KUALA LUMPUR: Lebih tiga tahun kembali bersendirian selepas rumah tangga dibinanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin berakhir dengan perpisahan pada 18 Februari 2014, Erra Fazira mengakui sering diajukan persoalan mengenai pengganti teman hidup.

Bayangan berkenaan acap kali diberikan anak kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran, 8, yang pernah bertanya mengenai adik, seolah-olah memberi isyarat kepada wanita berusia 43 tahun itu supaya kembali berkahwin.

Pernah dikaitkan menjalin cinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Sembilu itu tidak melatah, sebaliknya menyifatkan persoalan berkenaan sebagai lumrah bagi anak yang sedang meniti kematangan.

KENALAN yang hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
KENALAN yang hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography

"Saya hanya memberitahu Aleesya, dia perlu menunggu kerana jika bukan saya, mungkin ayahnya yang akan menjadikan keinginannya itu sebagai realiti. Saya langsung tidak tertekan kerana memahami mungkin Aleesya kesunyian tanpa teman untuk bermain," katanya kepada BH Plus.

Erra berkata, biarpun takdir tertulis jodoh antaranya dan bekas suami tidak berpanjangan, dirinya bersyukur kerana anak kesayangan itu membesar dengan sempurna dengan penuh kasih sayang.

Aleesya yang menyambut ulang tahun kelahiran kelapan, semalam, ditatangnya dan bekas suami seperti minyak yang penuh. Bagi Erra yang kembali menjadi perhatian menerusi drama 'Dia Bidadariku', apa juga yang berlaku antara dirinya dan bekas suami, kebahagiaan Aleesya tetap diutamakan.

KENALAN yang hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
KENALAN yang hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography

Anak faham ibu bapa tidak sebumbung

Erra yang sempat meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tunggalnya itu lebih awal pada hujung minggu lalu di Menara Kuala Lumpur berkata, Aleesya kini sudah mula memahami dan menerima kenyataan ibu serta bapanya sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

"Terasa pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia lapan tahun. Banyak perbezaan yang saya lihat dalam dirinya dan paling penting, Aleesya membesar seiring usia. Alhamdulillah, Aleesya tidak merasai kekurangan, malah mengerti situasi ibu dan bapanya yang tidak lagi hidup bersama.

"Sebagai ibu, saya tidak pernah berahsia apa-apa dengannya terutama apabila membabitkan hal berkaitan keluarga. Biarpun sudah berpisah, saya dan bekas suami mengambil tanggungjawab membesarkan Aleesya bersama.

"Aleesya juga sudah dapat membiasakan diri apabila terpaksa bergilir-gilir bersama ibu dan bapanya. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana Aleesya semakin matang melaluinya," katanya.

ALEESYA. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
ALEESYA. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography

Minat muzik

Penyanyi lagu 'Yang Terindah Hanya Sementara' itu mengakui, Aleesya adalah seperti bayangan dirinya. Dalam lasak, anaknya itu berjiwa feminin dan begitu menyayangi haiwan.

"Setiap kali menonton program memaparkan haiwan di kaca TV, Aleesya begitu fokus. Pernah Aleesya memberitahu ingin menjadi doktor haiwan. Aleesya juga sudah mula menunjukkan minat terhadap seni, terutama muzik.

"Cuma masa menjadi kekangan untuk Aleesya mengembangkan minatnya itu," katanya yang pernah mengendalikan program bual bicara Primadona.

YANA Shamsudin dan suami serta anaknya turut hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography
YANA Shamsudin dan suami serta anaknya turut hadir ke majlis hari lahir Aleesya. - Foto Ihsan Instagram: @amirnaufalphotography

Beralih perbualan dari sisi kerjaya, Erra bersyukur kerana kemunculan terbarunya dalam drama 'Dia Bidadariku' terbitan Skop Production bersama Norman Hakim dan Hisyam Hamid menerima pujian ramai.

Pelakon yang pernah dilabel sebagai primadona filem Melayu itu memaklumkan, dirinya akan kembali ke lokasi penggambaran telefilem sempena Syawal dalam masa terdekat, selain bakal merakamkan single baharu tidak lama lagi.

Biarpun sebelum ini pernah bertiup spekulasi Erra bakal merakamkan lagu kerohanian, semua itu masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus.

"Saya mungkin kembali ke studio rakaman sebelum puasa kerana perancangan kami, single terbaharu itu akan dipromosikan pada musim raya nanti," katanya.

Berita Harian X