Khamis, 11 Mei 2017 | 12:09am
PERSEMBAHAN spontan oleh bapa pengantin lelaki, Fadzlullah Shuhaimi Salleh (kiri) dan ibu, Datuk Noripah Kamso (kanan) pada majlis perkahwinan Shazwan dan Syairah. - Foto Muhammad Sulaiman
PERSEMBAHAN spontan oleh bapa pengantin lelaki, Fadzlullah Shuhaimi Salleh (kiri) dan ibu, Datuk Noripah Kamso (kanan) pada majlis perkahwinan Shazwan dan Syairah. - Foto Muhammad Sulaiman
SHAZWAN dan Syairah bersama pengapit yang memakai pakaian bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman
SHAZWAN dan Syairah bersama pengapit yang memakai pakaian bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman
GUBAHAN bunga serta nombor meja yang bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart' mendapat sentuhan perancang perkahwinan KL Wedding Ministry. - Foto Muhammad Sulaiman
GUBAHAN bunga serta nombor meja yang bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart' mendapat sentuhan perancang perkahwinan KL Wedding Ministry. - Foto Muhammad Sulaiman
PENYAMBUT tetamu dengan pakaian bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman
PENYAMBUT tetamu dengan pakaian bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman

Kapal layar jadi idea resepsi perkahwinan

SELURUH Grand Ballroom di Tingkat 9, Menara Top Glove di Setia Alam, Selangor bertukar wajah bagaikan kawasan pelabuhan untuk meraikan perkahwinan Shazwan Fadhli Fadzlullah Shuhaimi dan Syairah Abdul Malek pada 29 April lalu.

Melangkah memasuki dewan utama, tetamu disambut sekumpulan lelaki 'Mat Salleh' berpakaian seperti kelasi laut berwarna putih, manakala wanita mengenakan baju 'lace' biru putih dan memakai topi nautika.

Mereka dibawa khas dari Australia untuk memeriahkan lagi majlis resepsi Shazwan dan Syairah yang bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart', acara tahunan perlumbaan kapal layar antarabangsa terbesar di Australia, dari Sydney ke Hobart.

Pasangan dua sejoli itu disatukan dalam majlis pernikahan di kediaman ibu bapa Syairah di Petaling Jaya pada 21 April lalu, diikuti resepsi pertama di Pusat Konvensyen Sime Darby, keesokannya.

Minat laut

Auditor di firma Ernst & Young, Shazwan berkata, minat terhadap laut menyebabkan mereka memilih tema unik berkenaan sebagai majlis kedua resepsi perkahwinan.

PERKAHWINAN Shazwan dan Syairah bertema unik lautan biru ala Australia pukau hadirin. - Foto Muhammad Sulaiman
PERKAHWINAN Shazwan dan Syairah bertema unik lautan biru ala Australia pukau hadirin. - Foto Muhammad Sulaiman

ACARA memotong kek juga berkonsepkan kapal layar. - Foto Muhammad Sulaiman
ACARA memotong kek juga berkonsepkan kapal layar. - Foto Muhammad Sulaiman

"Syairah memang sukakan suasana laut, saya pula sejak kecil amat meminati perlumbaan Tamiya. Jadi kami gabungkan kedua-duanya, tapi memilih tema 'Yacht Race Sydney-Hobart'.

"Idea memilih tema ini sebenarnya juga hasil sepakat seluruh ahli keluarga, terutama ibu dan kedua-dua kakak saya," katanya kepada Aura.

Mendapat sentuhan perancang perkahwinan, Poggy dari KL Wedding Ministry, seluruh dewan utama dihiasi perhiasan nautika biru dan putih termasuk hiasan meja makan.

Ternyata Poggy berjaya menyerlahkan 'mood' perkahwinan ala-Australia dan kapal layar dalam keseluruhan dewan utama.

Memulakan acara, pasangan pengantin diarak memasuki dewan oleh sekumpulan kapten kapal dan gadis berpakaian biru putih sambil berjalan di laluan tidak ubah seperti jeti di pelabuhan yang dipenuhi kapal layar sedang berlabuh.

Pelamin kapal layar

Menariknya, mereka memilih pelamin yang bukan sahaja ringkas, tetapi juga berkonsep kapal layar dengan latar belakangnya pemandangan Sydney Harbour dan Hobart menggunakan skrin elektronik.

GUBAHAN pada meja makan beradab yang bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman
GUBAHAN pada meja makan beradab yang bertemakan 'Yacht Race Sydney-Hobart'. - Foto Muhammad Sulaiman

PERLUMBAAN kapal layar antarabangsa Sydney-Hobart jadi idea majlis resepsi perkahwinan. - Foto Muhammad Sulaiman
PERLUMBAAN kapal layar antarabangsa Sydney-Hobart jadi idea majlis resepsi perkahwinan. - Foto Muhammad Sulaiman

Begitu juga dengan meja makan beradap, turut berkonsepkan kapal layar, seolah-olah pasangan pengantin bersama tetamu undangan kehormat menikmati hidangan sambil belayar di lautan biru.

Tambah memeriahkan suasana apabila hampir semua tetamu mengikut tema pakaian ditetapkan, mengenakan warna biru nautika dan putih tetapi lebih santai berbanding majlis perkahwinan biasa yang agak formal.

Malah, setiap tetamu turut dibekalkan sarung tangan biru putih untuk melengkapkan tema pilihan keluarga pengantin.

Mengendalikan acara adalah pasangan pengerusi majlis dibawa khas dari Sydney dan Melbourne, Australia untuk membangkitkan lagi mood perkahwinan ala-Australia selain persembahan tarian kumpulan pelajar dari Deutsche Schule Kuala Lumpur.

Majlis penuh elemen kejutan

Majlis perkahwinan anak ketiga bekas Ketua Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (CIMB-Principal Islamic), Datuk Noripah Kamso dan Fadzlullah Shuhaimi Salleh itu mempunyai banyak elemen kejutan bukan sahaja untuk pasangan pengantin, tetapi juga seluruh tetamu.

RAKAN tetamu turut menepati tema warna yang ditetapkan. - Foto Muhammad Sulaiman
RAKAN tetamu turut menepati tema warna yang ditetapkan. - Foto Muhammad Sulaiman

Hadirin bukan saja tergamam, malah turut terhibur melihat gelagat bersahaja pengantin lelaki yang secara tiba-tiba menaiki pentas menyertai rakan sekolahnya menari bersama untuk memberi kejutan kepada isteri.

Seluruh keluarga Shazwan, ibu bapa dan dua kakak serta adik bongsunya turut menunjukkan sikap 'sporting' apabila mempersembahkan dua lagu sebelum menyampaikan ucapan.

Malah pengacara majlis, Sebastian dari Melbourne, mengejutkan hadirin apabila menyanyikan lagu Melayu, 'Kau Ilhamku' dengan begitu baik dan lancar sekali.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek perkahwinan yang cukup unik mengikut tema. Kek setinggi tiga tingkat berwarna biru nautika dan putih nampak elegan dengan perhiasan sauh untuk menepati tema perkahwinan.

Shazwan berkata, disebabkan ibu bapanya bekerja di London, persiapan majlis perkahwinan itu dikendalikan dua kakaknya selain dibantu Syairah sendiri dalam memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.

Katanya, walaupun berjauhan dengan ibu bapa, beliau memilih untuk meneruskan kerjaya bersama Ernst & Young, manakala isteri di Maybank Investment.

Pasangan berkenaan memilih berbulan madu di Koh Samui, Thailand.

SHAZWAN (dua dari kiri) turut melakukan persembahan serta tarian khas sempena majlis perkahwinannya. - Foto Muhammad Sulaiman
SHAZWAN (dua dari kiri) turut melakukan persembahan serta tarian khas sempena majlis perkahwinannya. - Foto Muhammad Sulaiman

INFO
Majlis perkahwinan Shazwan & Syairah

  • Persembahan tarian khas Australia oleh pelajar Deutsche Schule Kuala Lumpur
  • Persembahan makanan juga mengikut tema laut
  • Tetamu dihidangkan makanan Cina dari restoran terkemuka
  • Cenderahati untuk tetamu ditempah khas mengikut tema perkahwinan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X