Ahad, 14 Mei 2017 | 12:04am

Terokai keindahan alam di Pulau Pinang

PESERTA SORR 2017 menanam pokok merambung di Pantai Kerachut bagi menggalak penyu mendarat dan bertelur.
PESERTA SORR 2017 menanam pokok merambung di Pantai Kerachut bagi menggalak penyu mendarat dan bertelur.

SELAIN panorama menakjubkan di Bukit Bendera dan keindahan pesisiran pantai Batu Feringgi, di Pulau Pinang, tersimpan lokasi istimewa sesuai dikunjungi pengembara lasak apabila berkunjung ke Pulau Mutiara.

Taman Rimba Teluk Bahang, Pantai Kerachut mahupun Taman Negara Pulau Pinang, tidak asing lagi bagi mereka apabila destinasi ekopelancongan ini berfungsi sebagai tempat 'merawat jiwa' melawan hiruk-pikuk kota raya.

Mungkin ramai belum meneroka keindahan lokasi berkenaan, namun tapak percutian ini pastinya menjanjikan percutian santai.

Hutan simpan dan taman rekreasi semula jadi di Pulau Pinang masih terpulihara, menjadi tatapan generasi muda.

Kesegarannya perlu dikekalkan dan diharap proses pembangunan sekitar tidak menjejaskan ekosistem dan biodiversiti di situ.

Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak (dua dari kanan) berjabat tangan dengan ketua jurulatih kelab dari Hong Kong Wofoo Tai Po FC Davor Berber (tiga dari kiri) sambil diiringi penyerang import Kedah Kpah Sean Sherman (kanan), Kapten pasukan Wofoo Tai Po FC Luis Eduardo Chebel Klien Nunes (kiri) dan pembantu ketua jurulatih pasukan tersebut Ivan Kurtusic (dua, kiri) pada sidang media pra perlawanan aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di sebuah hotel hari ini. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Darul Aman pada pukul 9 malam esok. - Foto BERNAMA

Tumpuan penyu agar

Taman Rimba Teluk Bahang, terletak dalam Hutan Lipur Teluk Bahang adalah kawasan rekreasi popular suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, tempat itu seolah-olah terlepas pandang, mungkin disebabkan kepesatan industri pelancongan di Pulau Pinang yang memberi lebih pilihan kepada pengunjung.

Namun bagi penulis, taman rekreasi semula jadi itu masih kaya dengan tarikan sebagai lokasi perkelahan.

Persekitarannya bersih dan airnya jernih. Destinasi percutian itu dipenuhi pengunjung terutama pada musim cuti sekolah dan hari pelepasan am.

Istimewanya di Pantai Kerachut yang diisytiharkan sebagai Pusat Konservasi Penyu, menjadi pusat memelihara penyu daripada spesies penyu agar atau lebih dikenali sebagai penyu hijau.

KOLAM mandi di Taman Rimba Teluk Bahang.
KOLAM mandi di Taman Rimba Teluk Bahang.

Pelancong sepanjang tahun

Penyu spesies berkenaan memilih Pantai Kerachut sekitar April hingga Ogos dan penyu karah (September hingga Februari) untuk bertelur.

Justeru, sepanjang tahun pantai di situ menerima kehadiran pengunjung untuk melihat penyu bertelur dan menyaksikan anak penyu berenang ke laut. Pemandangannya begitu mengasyikkan!

Usaha mempromosi destinasi ekopelancongan itu dikendalikan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA). Antara program berkaitan termasuk Save Our Rainforest Race atau lebih popular dengan jenama SORR 2017.

Inisiatif itu mendapat penyertaan daripada lebih 1,000 peserta dari seluruh negara. Perlumbaan bermula dan tamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

Tanam pokok merambung

Peserta perlu melalui Taman Rimba Teluk Bahang dan Taman Negara Pulau Pinang termasuk kawasan santuari penyu di Pantai Kerachut dan Sungai Tukun.

Presiden PEKA, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata peserta perlu menanam pokok merambung bertujuan menarik perhatian penyu untuk terus mendarat dan membiak di situ, sekali gus menggalakkan kehadiran lebih ramai pelancong.

"Visi SORR 2017 juga bertujuan mendidik masyarakat menghargai khazanah alam. Khazanah bukan sahaja hutan, sungai, flora dan fauna, malah hidupan laut seperti penyu yang semakin pupus, memerlukan perhatian sewajarnya.

"Selain itu, pemilihan Pulau Pinang sebagai destinasi SORR 2017 juga memberi peluang semua golongan menghayati keindahan alam semula jadi di situ, sekali gus mempromosi destinasi ekopelancongan untuk terus berdaya saing sehingga ke pentas antarabangsa," katanya.

Berita Harian X