Sabtu, 27 Mei 2017 | 12:04am

Pemakanan berkhasiat jamin ketinggian

PIRAMID makanan sihat. - Foto ihsan pembaca
PIRAMID makanan sihat. - Foto ihsan pembaca

KAJIAN Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS), mendedahkan 35 peratus daripada kanak-kanak negara ini tidak mencapai tahap pengambilan makanan untuk membekalkan tenaga disyorkan.

Hampir separuh daripada mereka pula, tidak mencapai tahap pengambilan kalsium dan vitamin D disyorkan, sedangkan ia sebahagian daripada nutrien penting diperlukan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum, selain menguatkan sistem imun kanak-kanak.

Ketua Jabatan Pediatrik, Universiti Malaya (UM) dan Pakar Perunding Pediatrik & Pakar Perunding Endokrinologi Pediatrik, Pusat Perubatan UM, Prof Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin, berkata tumbesaran sempurna kanak-kanak banyak dicetuskan pemakanan seimbang berkhasiat dan ia seharusnya diperoleh secukupnya sebelum mencapai usia baligh.

"Ini kerana pada usia sebelum baligh, pemakanan sihat berupaya menggalakkan pertubuhan hormon termasuk merangsang tulang untuk menjadi lebih panjang, sekaligus tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran susu perisa madu Pediasure daripada Abbott Malaysia, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Abbott Asia Pasifik, Dr Low Yen Ling dan Timbalan Presiden Abbot, Bahagian Asia Tenggara, Abbott, Cristina Ronski.

Turut berkongsi pengalaman mengenai pemakanan anak ialah juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan ibu kepada tiga org anak, Hanim Mohd Safri.

Lebih tinggi jika cukup zat

Prof Muhammad Yazid berkata, ramai dalam kalangan kita beranggapan ketinggian banyak dipengaruhi genetik keluarga, jika ibu bapa rendah, anak dilahirkan juga akan rendah.

Bagaimanapun, katanya, tanggapan berkenaan, mungkin meleset kerana mungkin ada datuk atau nenek yang ada genetik tinggi dan menerusi pemakanan berkhasiat, ia membantu anak bertubuh tinggi.

"Aspek berkenaan dipraktikkan oleh penduduk Korea, yang mana hari ini, rakyat negara itu mencatatkan generasi mudanya memiliki ketinggian dalam kalangan negara Asia Tenggara," katanya.

Menyentuh mengenai didikan pemakanan sihat dalam kalangan anak dan ahli keluarga, Dr Muhammad Yazid, berkata ibu bapa perlu banyak membaca, seterusnya belajar mengenai pemakanan sihat.

Pemakanan lengkap

"Kalau dibandingkan antara kegemukan dan ketinggian, ketinggian lebih sukar diperolehnya berbanding pertambahan berat badan yang lebih mudah bertambah, tanpa 'usaha' keterlaluan.

Justeru, kalau mahu anak tinggi, usaha perlu dilakukan sebelum usia baligh," katanya.

Sementara itu, Dr Low Yen Ling, berkata nutrisi makanan tambahan pediatrik sewajarnya disediakan sebagai pemakanan lengkap dalam usaha menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum si manja.

"Nutrisi makanan tambahan lengkap, PediaSure, memenuhi kriteria diperlukan kanak-kanak. Ia menggabungkan nutrien penting diperlukan dalam jumlah yang secukupnya buat individu," katanya.

Info

PediaSure

  • Dirumus secara saintifik dengan lebih 25 nutrien penting menyokong ketinggian dan berat badan kanak-kanak dan sistem pertahanan semula jadi.
  • Dijual di pasaran dalam bungkusan serbuk 600 gram (g), 850g, dan 1.2kg.
Berita Harian X