Ahad, 18 Jun 2017 | 12:09am
NURUL Huda bersama pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA. - Foto arkib NSTP
NURUL Huda bersama pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA. - Foto arkib NSTP
(DARI kiri) Rosman Alwi, Ng Joo Ngan dan Kumaresan ketika era kegemilangan mereka.
(DARI kiri) Rosman Alwi, Ng Joo Ngan dan Kumaresan ketika era kegemilangan mereka.
ROSMAN digelar 'Mbak Sepeda' oleh jurulatihnya yang juga bekas pelumba Indonesia yang kagum melihat 'kedegilannya' terus berkayuh walaupun ramai rakan seangkatan sudah bersara.
ROSMAN digelar 'Mbak Sepeda' oleh jurulatihnya yang juga bekas pelumba Indonesia yang kagum melihat 'kedegilannya' terus berkayuh walaupun ramai rakan seangkatan sudah bersara.
ROSMAN dipilih sebagai penerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1985 hasil daripada kejayaan demi kejayaan yang dicapainya.
ROSMAN dipilih sebagai penerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1985 hasil daripada kejayaan demi kejayaan yang dicapainya.

Nurul Huda, Rosman Alwi sama hebat

REGIM latihan yang ketat di kolam renang yang sentiasa mengerah tenaga remajanya nyata berbaloi buat Nurul Huda Abdullah apabila muncul sebagai jaguh acara akuatik di pentas Sukan SEA 1985 dan 1987 dengan merangkul tujuh pingat emas keseluruhan sebelum meledak di temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan lapan emas keseluruhan sehingga ditabal sebagai atlet terbaik kejohanan. Ikuti catatan ringkas detik gemilang dikecapinya.

Walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu, rakyat Malaysia masih merindui kelibat dan aksi Puteri Renang Kebangsaan, Nurul Huda Abdullah di Sukan SEA, Sukan Asia mahu pun Olimpik.

Biarpun sudah banyak rekod kebangsaan mahu pun Sukan SEA dipegang Nurul Huda sudah dileburkan satu demi satu oleh atlet lain, namun pencapainya Ratu Renang Malaysia itu meraih sehingga lapan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 masih lagi kekal terpahat dalam lipatan sejarah hingga hari ini.

Nurul Huda juga dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Sukan SEA 1989 selepas membantu Malaysia menang emas bagi acara 200m, 400m, 800m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m kuak kupu-kupu, 200m dan 400m rampaian perseorangan serta 4x100m rampaian.

Bakat dan kebolehan Nurul Huda, mula dikesan selepas beliau memenangi lima pingat emas di Kejohanan Renang Remaja Hong Kong ketika berusia 11 tahun pada 1983 dan mengutip 11 pingat emas di Kejohanan Renang Kumpulan Umur di Ipoh, setahun kemudian.

NURUL Huda ketika memenangi lapan pingat emas Sukan SEA 1989. - Foto arkib NSTP
NURUL Huda ketika memenangi lapan pingat emas Sukan SEA 1989. - Foto arkib NSTP

Kehebatan Nurul Huda yang menguasai kolam renang memang sudah dijangka berbekalkan reputasi hebatnya yang menggegarkan kota Bangkok pada Sukan Sea 1985 dengan memperoleh tujuh emas dalam acara kegemarannya.

Kejayaan atlit kelahiran Selangor itu tidak terhenti di situ saja apabila dia menyumbang dua pingat perak dan dua pingat gangsa di Sukan Asia Seoul, Korea Selatan pada 1986.

Bersara pada 1991

Nurul Huda juga menang perak dalam acara 400 meter dan 800 meter gaya bebas serta pingat gangsa menerusi acara 200 meter gaya bebas dan rampaian.

Walau hanya berusia 13 tahun ketika itu, Nurul Huda memonopoli acara 400m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 100m gaya bebas, 200 rampaian perseorangan, 200m kuak kupu-kupu, 400m gaya bebas dan 200m gaya bebas.

Dua tahun selepas itu, di Sukan Sea Jakarta Nurul terus menyengat dengan meraih tujuh emas dalam acara kegemarannya 100m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas dan 200m kuak kupu-kupu.

DARI kiri: Jeffrey Ong, Nurul Huda, May Tan, Jong Su Ting dan Magdeline Goh bersama pingat yang dimenangi pada Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur. - Foto arkib NSTP
DARI kiri: Jeffrey Ong, Nurul Huda, May Tan, Jong Su Ting dan Magdeline Goh bersama pingat yang dimenangi pada Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur. - Foto arkib NSTP

Difahamkan, antara rahsia utama kejayaan Nurul Huda adalah kerana menjalani latihan kerana diikutinya termasuk berlatih dua kali setiap hari dengan menghabiskan jarak 14 kilometer.

Selepas temasya 1989, Nurul terus bersara dan cucu kepada bekas Presiden Singapura, Wee Kim Wee itu meneruskan pengajian dan lulus Sarjana Muda Sains dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.

Bagaimanapun, persaraan Nurul Huda mencetuskan kontroversi apabila dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai Sukan SEA Manila 1991 hingga menyebabkan tuaian emas di kolam renang dalam temasya berkenaan berkurangan daripada dua tahun sebelumnya.

Sementara itu, didikan keras, disiplin tinggi dan jangan mudah mengaku kalah diterapkan bapanya, Allahyarham Alwi Ahmad atau Pak Alwi, jadikan Rosman Alwi, raja basikal trek terkemuka di rantau Asia di era tahun 1980-an dan 1990-an.

Kejayaan demi kejayaan dicapainya membolehkan Rosman dipilih sebagai penerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1985.

Anak jati Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu juga terkenal dengan cara hidupnya yang 'simple', berani dan pantang dicabar sehingga beliau digelar 'Mbak Sepeda' oleh jurulatihnya yang juga bekas pelumba Indonesia yang kagum melihat 'kedegilannya' terus berkayuh walaupun ramai rakan seangkatan sudah bersara.

Malah, gelaran 'kuda tua' sudah biasa hinggap di telinga, semuanya ditelan dengan hati terbuka tetapi nekadnya cuma satu - membuktikan kata-kata itu silap kerana cukup yakin dengan kemampuan dirinya.

Bahkan, gelaran itu juga tidak lekang di bibir penulis sukan tetapi Rosman membuktikan tanggapan itu salah apabila mampu berkayuh sehingga mencecah usia 40 tahun.

Tak mudah menyerah kalah

ROSMAN Alwi.
ROSMAN Alwi.

Sebenarnya Rosman tidak pernah 'bermimpi' untuk terbabit dengan sukan lumba basikal biarpun bapanya yang lebih dikenali sebagai Pak Alwi adalah bekas pelumba basikal dan jurulatih skuad kebangsaan.

Seperti kanak-kanak lain, ketika kecil Rosman gemar bermain bola sepak, badminton dan olahraga serta basikal BMX, sebelum beliau mengubahsuainya untuk menyertai acara perlumbaan basikal lebuh raya ketika berusia 16 tahun.

Biarpun tidak menang perlumbaan itu Rosman dilihat mampu memberi saingan sengit kepada pelumba lain yang lebih senior, sekali gus mengundang rasa kagum Pak Alwi yang seterusnya menghadiahkan sebuah basikal jenama 'Varsa' bernilai RM1,000 kepadanya.

Hasil galakan bapanya diadun dengan prinsip 'A Fighter Never Say No' (Pejuang tidak pernah kata tidak)' dan 'Agi Idup Agi Ngelaban' (selagi hidup, selagi itu terus berjuang)' akhirnya membuahkan kejayaan apabila Rosman berjaya merangkul lima pingat emas termasuk di Kejohanan Dunia kategori B di Kuala Lumpur, pada 1985.

Tidak lama kemudian, Rosman mengumumkan persaraannya selaku jurulatih pada 2008 untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Profil:

Nama: Rosman Alwi

Tarikh lahir: 5 Disember 1961

Usia: 56

Asal: Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Profil:

Nama: Nurul Huda Abdullah

Tarikh Lahir: 31 Julai 1972

Asal: Selangor

Mula Mewakili Malaysia: 1985

Pencapaian:

* 1983 - Lima emas Kejohanan Remaja Asia Hong Kong (50m kuak lentang, 50m gaya bebas, 50m kuak kupu-kupu, 100m gaya bebas dan 200m medley perseorangan).

1984 - Sebelas emas di Kejohanan Kumpulan Umur ASEAN di Ipoh, Perak.

1985 - Tujuh pingat emas Sukan Sea Bangkok (400m medley perseorangan, 800m gaya bebas, 100m gaya bebas, 200 medley perseorangan, 200m kuak kupu-kupu, 400m gaya bebas, 200m gaya bebas).

1986 - Dua perak dan dua gangsa Sukan Asia Seoul (200m gaya bebas, 400m medley perseorangan, 400m gaya bebas, 800m gaya bebas).

1987 - Tujuh emas Sukan Sea Jakarta (100m gaya bebas, 400m medley perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas, 200m kuak kupu- kupu).

1988 - Mengambil bahagian Sukan Olimpik Seoul. 1989 - Lapan emas Sukan Sea Kuala Lumpur (200m kuak lentang, 200m kuak kupukupu, 200m medley perseorangan, 200m gaya bebas, 400m medley perseorangan, 400m gaya bebas, 800m gaya bebas, 4x100m berganti-ganti medley).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X