Rabu, 5 Julai 2017 | 12:10am
ROTI dibakar menggunakan pembakar batu yang berusia puluhan tahun. - Foto Rosman Shamsudin
ROTI dibakar menggunakan pembakar batu yang berusia puluhan tahun. - Foto Rosman Shamsudin
ROTI yang siap dibakar. - Foto Rosman Shamsudin
ROTI yang siap dibakar. - Foto Rosman Shamsudin
PERBEZAAN roti bantal yang belum dibakar dan selepas dibakar menggunakan pembakar batu. - Foto Rosman Shamsudin
PERBEZAAN roti bantal yang belum dibakar dan selepas dibakar menggunakan pembakar batu. - Foto Rosman Shamsudin
ROTI diletakkan dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam pembakar batu. - Foto Rosman Shamsudin
ROTI diletakkan dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam pembakar batu. - Foto Rosman Shamsudin

Roti kaya tradisional Junus laris

SLIM RIVER: Keenakan dan kelembutan Roti Kaya Junus (RKJ) dari Selabak, Teluk Intan, yang dibakar secara tradisional menggunakan pembakar batu berusia 60 tahun menjadi tarikan dan pilihan ramai.

Setiap hari van yang dipandu oleh Ibrahim Mohd Junus, 24, akan berada di ruang parkir pekan Slim River, di mana pelanggan sudah mula menunggu dan beratur panjang bagi membeli roti buatannya.

IBRAHIM menggunakan van untuk menjual roti di ruang parkir pekan Slim River. - Foto Rosman Shamsudin
IBRAHIM menggunakan van untuk menjual roti di ruang parkir pekan Slim River. - Foto Rosman Shamsudin

Ibrahim berkata, roti berkenaan menggunakan resipi warisan turun temurun bermula daripada datuknya, Mohd Hanif Sulaiman yang berasal daripada Pakistan pada tahun 70-an dan kemudian diwarisi oleh ayahnya, Mohd Junus Mohd Hanif, 68 dan kini ia diwarisi bersama adik beradiknya menyambung warisan perniagaan roti berkenaan.

Katanya, setiap hari roti yang siap diadun akan dimasukkan dalam pembakar batu yang terlebih dahulu dipanaskan dengan kayu api.

"Masa yang diambil untuk memastikan roti itu masak sepenuhnya adalah kira-kira dua jam dan apabila roti sudah masak sepenuhnya saya akan susun dalam van mengikut jenis roti di atas rak yang dibina khas.

IBRAHIM menunjukkan roti yang siap disapu dengan kaya yang dijual di pekan Slim River. - Foto Rosman Shamsudin
IBRAHIM menunjukkan roti yang siap disapu dengan kaya yang dijual di pekan Slim River. - Foto Rosman Shamsudin

"Selain roti yang dibakar secara tradisional, kaya yang digunakan untuk menambah keenakan roti itu juga dimasak secara tradisional iaitu dikukus dengan menggunakan dapur kayu," katanya yang ditemui BH Plus di sini.

Ibrahim yang juga pelajar semester lapan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Sains Sukan berkata, dia dan adik beradiknya mula mengambil alih perniagaan roti ayahnya selepas kesihatan ayahnya mula merosot.

Katanya, ketika ini terdapat empat van beroperasi iaitu satu di Slim River manakala dua lagi diusahakan adiknya, Mat Isa, 23, di Ipoh dan sebuah lagi di pekan Teluk Intan.

IBRAHIM menyapu perisa kaya pada roti yang dijualnya. - Foto Rosman Shamsudin
IBRAHIM menyapu perisa kaya pada roti yang dijualnya. - Foto Rosman Shamsudin

"Lazimnya, apabila saya sampai di pekan ini, kira-kira jam 4 petang, sudah ada pelanggan yang menunggu dan biasanya pelanggan akan minta roti itu dimasukkan sekali dengan kaya.

"Roti dijual pada harga bermula RM1.30 hingga RM5.30 terdiri daripada roti benggali, kacang, kelapa dan roti bantal yang semuanya dibakar dalam pembakar tradisional," katanya.

INFO

  • Mengambil masa 2 jam untuk roti masak sepenuhnya.
  • Roti disusun di atas rak yang dibina khas di dalam van.
  • Roti dijual pada harga bermula RM1.30-RM5.30.
  • Roti yang dijual, roti benggali, kacang, kelapa dan roti bantal.
Berita Harian X