Ahad, 9 Julai 2017 | 12:13am

Affindi mahu tawan Mont Blanc

KUALA LUMPUR: Latihan keras dan disiplin tinggi diterapkan dalam Tentera Darat (TD) menjadi pendorong utama kepada Mohamad Affindi Nudin terbabit dengan acara larian lasak dan mendaki gunung atau Trail Running.

Affindi, 32, mula menaruh minat terhadap sukan lasak berkenaan selepas dia muncul juara acara larian Bukit Bendera anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Bukit Bendera, Pulau Pinang, pada 2009.

Selepas itu anak kelahiran Kampung Tanjong Katong, Lawas, Sarawak ini terus bergiat aktif acara larian lasak dengan menyertai pelbagai perlumbaan sama ada di dalam mahu pun di luar negara sehingga sekarang.

Lebih membanggakan, jurulatih Pusat Kecemerlangan Olahraga TD, Kem Tentera Sungai Besi, itu sudah lebih 10 kali muncul juara kategori terbuka perlumbaan larian lasak bertaraf antarabangsa sepanjang pembabitannya.

Malah, anak kesembilan daripada 10 adik beradik itu pernah mendapat tempat ke-15 ketika mewakili Malaysia ke perlumbaan larian lasak sambil mendaki gunung di MSIG Sai Kung Hong Kong Trail Run sejauh 50 kilometer (km), dua tahun lalu.

JEJAKA lasak Tanjong Katong ini idam sertai Ultra-Trail di Mont-Blanc.
JEJAKA lasak Tanjong Katong ini idam sertai Ultra-Trail di Mont-Blanc.

Beralih angin ke Perancis

"Bagi saya acara larian MSIG Sai Kung adalah paling mencabar pernah saya sertai kerana biarpun jaraknya hanya 50km kerana ia menuntut setiap pelumba mempunyai daya tahan fizikal dan mental tinggi.

"Kita juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk dan mendaki cerun bukit yang meningkatkan risiko kecederaan serta boleh mengundang bahaya bila-bila masa jika kita tidak berhati-hati," katanya.

Untuk rekod, Affindi juga adalah juara bertahan lima kali berturut-turut Deuter International Trail Run (DITR) termasuk terbaru pada 7 Mei lalu.

Kejayaan demi kejayaan dicapainya membolehkan Affindi menerima tajaan pelbagai barangan sumbangan syarikat pengeluar pakaian sukan berjenama terkenal iaitu MIZUNO.

"Ketika ini, saya giat berlatih dan membuat persiapan bagi menyertai larian lasak Cameron Highlands Ultra Trail 2017 (22 Julai ini) dan Batu Arang The Cross Country Ultra Series, pada Disember depan.

"Saya berharap usaha gigih dan pengorbanan saya selama ini dapat membantu saya muncul kedua-dua perlumbaan bagi membolehkan saya mengumpul mata untuk menyertai acara larian lasak paling berprestij di dunia iaitu The Ultra-Trail du Mont-Blanc (UTMB) tahun depan," katanya.

MOHAMAD Affindi ketika mengambil bahagian dalam acara larian lasak di Singapura. - Foto ihsan pembaca
MOHAMAD Affindi ketika mengambil bahagian dalam acara larian lasak di Singapura. - Foto ihsan pembaca

Profil

Nama: Mohamad Affindi Nudin

Tarikh lahir: 4 Mei 1985

Asal: Kampung Tanjong, Katong, Lawas, Sarawak.

Bilangan adik beradik: Kesembilan dari 10 beradik

Kerjaya: Jurulatih Olahraga Angkatan Tentera Malaysia (Tentera Darat)

Pencapaian:

2017

Deuter Trail Run (Batu Arang, Selangor) - Juara Terbuka Lelaki

BDB Langkawi Climb & Run (Tangga Helang, Langkawi) - Juara Terbuka Lelaki

Inove8 Trail Run (Semenyih Eco Venture Resort) - Juara Terbuka Lelaki

Tuba Trail Challenge (Geopark, Pulau Tuba, Langkawi) - ketiga Terbuka Lelaki

2016

Inov8 Trail Run (Paya Indah Wetland, Dengkil) - Juara Terbuka Lelaki

Harum Manis Trail Run (Sg Batu Pahat, Perlis) - Juara Terbuka Lelaki

Tuba Trail Challenge (Pulau Dayang Bunting, Langkawi) - Juara Terbuka Lelaki

Action Asia Malaysia Challenge 18km (Janda Baik, Pahang) - Juara keseluruhan

Kuching International Marathon 42km (Padang Merdeka, Kuching) - Juara Kategori Kebangsaan

Deuter Trail Run 10km (Batu Arang, Selangor) - Juara Terbuka Lelaki

Merapoh Forest Run (Sungai Relau, Pahang) - Naib juara Terbuka Lelaki

Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga. - Foto Bloomberg
Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga. - Foto Bloomberg

2015

MSIG Sai Kung Hong Kong 50km Trail Run (The Peak Hong Kong) - ke-15 Terbuka Lelaki

Kuching International Marathon 42km (Bintulu, Sarawak) - Naib juara Kategori Kebangsaan

Deuter Trail Run 10km (Putrajaya, WP) - Juara Terbuka Lelaki

Rembau Challenge (Dataran Rembau, NS) - Naib juara kategori Berpasukan Amatur

Melaka River Marathon 42km (Banda Hilir, Melaka) - Naib juara Kategori Kebangsaan

2014

Salomon Otterbox Action Asia Challenge 18km (Janda Baik, Pahang) - Juara keseluruhan

Deuter Trail Run 10km (Putrajaya, WP) - Juara Terbuka Lelaki

Salomon Otterbox Action Asia Challenge 18km (Hong Kong) - Juara keseluruhan

Kuching International Marathon 42km (Padang Merdeka) - Naib juara Kategori Kebangsaan

Standard Chartered KL Marathon 42km (Kuala Lumpur) - ke-5 Kategori kebangsaan

Pertzl Trail Night 12km (Putrajaya, WP) - Juara Terbuka Lelaki

Newton Challenge 25km (Singapura) - Juara Terbuka Lelaki

2013

Standard Chartered KL Marathon 42km (Kuala Lumpur) - ke-5 Kategori kebangsaan

Salomon X-Trail 10km (Singapura) - Juara Terbuka Lelaki

Deuter Trail Run 10km (Putrajaya WP) - Juara Terbuka Lelaki

Berita Harian X