Jumaat, 3 Jun 2016 | 12:33am

Universal Mccann diiktiraf agensi media terbaik MMA 2016

KUALA LUMPUR: Agensi media, Universal Mccann menggondol Anugerah Agensi Tahunan dalam majlis Anugerah Media Malaysia (MMA) 2016.

Agensi terbabit juga meraih Anugerah Grand Prix serta lima anugerah emas daripada 12 kategori antaranya Anugerah Digital Terbaik, Anugerah Media Sosial Terbaik dan Anugerah Pengauditan Penerbitan ABC.

Pengerusi Penganjur, Kagee Chew, berkata program terbabit menjadi platform bagi ahli-ahli Persatuan Pakar Media Malaysia (MSA) menghasilkan karya yang lebih bermutu dan berkualiti tinggi sekali gus mengiktiraf usaha ahli di peringkat kebangsaan.

"Paling penting, kita berjaya menarik lebih 50 peratus ahli yang kurang aktif untuk menyertai pertandingan kali ini malah menerima 248 penyertaan bagi keseluruhan kategori.

"Selain mencungkil bakat terpendam, pelaksanaan strategi yang ditunjukkan amat membanggakan," katanya di sini, sebentar tadi.

Pemenang utama bagi keseluruhan kategori bakal menerima sijil penghargaan, trofi dan wang tunai sebanyak RM180,000.

Berita Harian X