Rabu, 3 Februari 2016 | 3:52pm

Kebakaran musnahkan 4 rumah

IMAGE

EMPAT buah rumah termasuk dua premis yang dijadikan stor simpanan peralatan pengantin, musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Akar. - Foto Mohamad Ishak
EMPAT buah rumah termasuk dua premis yang dijadikan stor simpanan peralatan pengantin, musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Akar. - Foto Mohamad Ishak

JERTIH: Empat rumah, termasuk dua premis yang dijadikan stor simpanan peralatan pengantin, musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Akar, dekat sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.37 pagi, bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berdekatan.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jertih, Mustafa Ismail, berkata seramai 10 anggota bersama dua jentera dari balai Jertih dan Kampung Raja, bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.

"Punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggar RM700,000," katanya.

Berita Harian X