Rabu, 5 November 2014 | 10:53pm
BEKAS jurulatih Negeri Sembilan, V Sundramoorthy.
BEKAS jurulatih Negeri Sembilan, V Sundramoorthy.

NS tamat kontrak Sundramoorthy lebih awal

SEREMBAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah menamatkan kontrak ketua jurulatih, V Sundramoorthy lebih awal kerana gagal membawa pasukan itu kembali ke Liga Super musim depan.

Sundramoorthy, bekas ketua jurulatih skuad Lions XII dari Singapura, mengikat kontrak dua tahun untuk membimbing pasukan negeri dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Selain Sundramoorthy, PBNS mengambil tindakan drastik dengan menamatkan kontrak sekurang-sekurang lapan pemain kerana gagal mempamerkan prestasi cemerlang.

Menteri Besar, yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mereka kini sedang mencari pengganti Sundramoorthy yang mampu membawa pasukan itu layak ke Liga Super musim 2016.

"PBNS mengambil langkah drastik dengan melakukan rombakan besar-besar dalam misi memberi saingan lebih bermakna dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2015," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

Dalam saingan Liga Perdana musim ini, skuad Rusa itu hanya mampu menduduki tangga keenam dengan hanya memenangi lapan daripada 22 perlawanan liga. - BERNAMA

Berita Harian X