Selasa, 7 Julai 2015 | 8:32pm

Universiade: Badminton sumbang pingat pertama negara

ATLET beregu wanita negara, Sannatasah Saniru dan Ti Wei Chyi beraksi dalam perlawanan suku akhir berpasukan campuran menentang Indonesia di Pusat Badminton Hwasun Lee Yong-Dae, Gwangju, Korea Selatan hari ini. Pasangan ini memenangi pingat gangsa pertama buat Malaysia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin

GWANGJU, Korea Selatan: Sukan badminton akhirnya mengesahkan sekurang-kurangnya satu pingat gangsa bakal dibawa pulang dalam acara berpasukan campuran.

Dalam pusingan suku akhir di Pusat Sukan dan Kebudayaan Hwasun Hanium tadi, Malaysia diberi tentangan sengit dari Indonesia namun keputusan akhir berpihak kepada Malaysia dengan kemenangan 3-2 sekali gus mengesahkan pingat gangsa dalam genggaman.

Beregu campuran, Mohd Arif Ab Latif-Sannastasah Saniru bermula baik apabila mudah menewaskan Agrippina Putera-Keshya Hanadia 21-15, 21-13 sementara perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli tunduk kepada perseorangan Indonesia, Siswanto Siswanto 21-9, 21-11.

ATLET badminton beregu lelaki negara, Mohd Arif Abd Latif (kanan) dan Vountus Indra Mawan Saniru beraksi dalam saingan peringkat awal kumpulan F bertemu Indonesia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Pusat Badminton Hwasun Lee Yong-Dae, Gwangju, Korea Selatan hari ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Kemudian beregu lelaki - Mohd Arif-Vountus Indra Mawan Saniru turut tewas kepada Agrippina-Arya Aldiartama 21-19, 15-21, 17-21 sebelum perseorangan wanita, Lyddia Cheah mencerahkan peluang negara apabila menang 21-17, 14-21, 21-15.

Perlawanan penentuan bagaimanapun menyaksikan beregu wanita - Ti Wei Chyi-Sannastasah menewaskan Devi Permatasari-Keshya Hanadia 20-22, 21-13, 17-21.

Dalam perlawanan separuh akhir esok, Malaysia dijangka bertemu tuan rumah Korea Selatan.

Berita Harian X