Ahad, 13 Disember 2015 | 7:05am
PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan permain terbaik perlawanan akhir TM Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan
PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan permain terbaik perlawanan akhir TM Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan

Tak percaya jaringkan dua gol: Ahmad Hazwan

PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) bersama rakan meraikan kejayaan bersama pasukan selepas tamat perlawanan dengan Selangor menang 2-0 mengatasi Kedah pada perlawanan akhir TM Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan

Shah Alam: Aksi final Piala Malaysia penuh sempurna berjaya diterjemahkan oleh penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri apabila menjaringkan dua gol untuk membenam Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Penyerang kebangsaan yang dipilih Pemain Terbaik perlawanan bertindak cemerlang membantu Selangor merealisasikan Misi 33 sekali gus membalas dendam selepas tewas pada aksi sama, tujuh tahun lalu.

Ahmad Hazwan yang dipilih sebagai Pemain Terbaik ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan menjadi wira, namun menegaskan kemenangan ini adalah hasil usaha rakan sepasukan yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah berputus asa.

"Saya bagaikan tidak percaya dapat menjaringkan gol di pentas akhir. Memang ini saya impikan sejak dari dulu lagi.

"Ini semua berkat semangat berpasukan yang ditunjukkan rakan sepasukan. Kemenangan ini adalah milik kita semua," katanya.

Berita Harian X