Sabtu, 23 Januari 2016 | 12:06pm

Sarung tangan penjaga gol Arsenal dihantar ke Chelsea

PENGURUS Chelsea, Guus Hiddink. - Foto Reuters
PENGURUS Chelsea, Guus Hiddink. - Foto Reuters

COBHAM, United Kingdom: Pengurus Chelsea, Guus Hiddink mendedahkan beliau ada berbual dengan penjaga gol Arsenal, Petr Cech tatkala skuad The Blues dan The Gunners bakal membuat perhitungan di Emirates tengah malam esok, waktu Malaysia.

Cech kembali ke pusat latihan Chelsea di sini, untuk mengambil sarung tangan baharu selepas syarikat pengeluar barangan sukan itu, Adidas tersilap menghantar ke bekas kelabnya itu.

Hiddink pernah muncul pengurus kepada penjaga gol 33 tahun itu pada musim pertamanya di Stamford Bridge pada 2009

"Ia sangat menarik dan kami ada berbual. Dia (Cech) tahu sarung tangannya ada di sini dan kami cuba sorok," kata Hiddink secara berseloroh.

"Mereka silap hantar sarung tangan ke sini. Ianya berlangsung dengan baik. Itulah cerita sebenar." AFP

Berita Harian X