Selasa, 2 Februari 2016 | 11:44pm
PENJAGA gawang JDT, Farizal Marlias terduduk selepas dikasari pemain Muangthong United FC pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia di Nonthaburi, Thailand, malam tadi. JDT tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

JDT tumpas kepada Muangthong United

PENJAGA gol Muangthong United FC bersama rakannya meraikan kejayaan pasukan mereka menewaskan JDT pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Thunderdome, Nonthaburi, Thailand, malam tadi. Muanghtong menang 3-0 menerusi sepakan penentuan.

KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke saingan utama Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, berkubur selepas tewas kepada Muangthong United FC di Nonthaburi, Thailand, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Mario Gomez itu tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar dan 30 minit masa tambahan selepas itu.

Pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL di Stadium Thunderdome itu, menyaksikan tiga pemain import JDT - Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun - gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Pasukan tuan rumah memastikan kemaraan mereka ke pusingan ketiga selepas S Yooyen menyempurnakan sepakan ketiga selepas dua rakannya, Cleiton Silva dan P Notchaiya turut berjaya berbuat demikian sebelum itu.

Berita Harian X