Isnin, 5 September 2016 | 12:19am

MotoGP: Vinales menang bergaya di Silverstone

PENUNGGANG Suzuki, Maverick Vinales bergambar bersama trofinya selepas menjuarai Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone, malam tadi. - Foto AFP
PENUNGGANG Suzuki, Maverick Vinales bergambar bersama trofinya selepas menjuarai Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone, malam tadi. - Foto AFP

SILVERSTONE, United Kingdom: Penunggang Suzuki, Maverick Vinales menampilkan tunggangan menakjubkan untuk mengesahkan kemenangan pertamanya dalam kelas MotoGP dengan mengungguli Grand Prix (GP) Britain, malam tadi.

Kemenangan pelumba Sepanyol itu di Litar Silverstone turut menghadiahkan kemenangan pertama Suzuki dalam perlumbaan kelas perdana itu sejak pelumba Amerika Syarikat, Kevin Schwantz menjuarainya buat kali terakhir pada 1994.

Pelumba LCR Honda dan harapan tuan rumah, Cal Crutchlow menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pelumba legenda Itali, Valentino Rossi melengkapkan kedudukan podium.

Crutchlow yang memulakan perlumbaan di petak utama - petak pertama diraih pelumba Britain sejak kali terakhir Barry Sheene melakukannya pada 1977 terpaksa bersaing sengit untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium selepas Vinales memintasnya.

Rossi juga berjaya merapatkan jurangnya di kedudukan dunia dengan Marc Marquez apabila pendahulu kejuaraan itu menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Begitupun, jaguh Sepanyol yang menunggang jentera Honda itu masih memiliki kelebihan besar 50 mata selepas mengumpul 210 mata daripada 12 pusingan perlumbaan manakala Rossi mengumpul 160 mata.

Perlumbaan begitupun terpaksa dimulakan semula susulan kemalangan besar membabitkan Loris Baz dan Pol Espargaro. - AFP

Keputusan MotoGP GP Britain

1. Maverick Viñales (SPA) Team SUZUKI ECSTAR, Suzuki, 39 minit 03.559 saat (s)

2. Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda, Honda, +3.480s

3. Valentino Rossi (ITA) Movistar Yamaha MotoGP, Yamaha, +4.063s

4. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda Team, Honda, +5.992s

5. Dani Pedrosa (SPA) Repsol Honda Team, Honda, +6.381s

6. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team, Ducati, +12.303s

7. Aleix Espargaro (SPA) Team SUZUKI ECSTAR, Suzuki, +16.672s

8. Jorge Lorenzo (SPA) Movistar Yamaha MotoGP, Yamaha, +19.432s

9. Danilo Petrucci (ITA) OCTO Pramac Yakhnich, Ducati, +25.618s

10. Alvaro Bautista (SPA) Aprilia Racing Team Gresini, Aprilia, +32.084s

11. Yonny Hernandez (COL) Pull & Bear Aspar Team, Ducati, +36.131s

12. Eugene Laverty (IRL) Pull & Bear Aspar Team, Ducati, +39.130s

13. Alex Lowes (GBR) Monster Yamaha Tech 3, Yamaha, +40.143s

14. Hector Barbera (SPA) Avintia Racing, Ducati, +41.356s

15. Tito Rabat (SPA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, Honda, +41.943s

16. Jack Miller (AUS) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, Honda, +47.610s

17. Scott Redding (GBR) OCTO Pramac Yakhnich, Ducati, +1'56.177s

Berita Harian X