Selasa, 4 Oktober 2016 | 1:34pm

Klopp yang 'kejam' sedia rebut gelaran liga - Lewandowski

Jurgen Klopp (kiri) dan Robert Lewandowski sewaktu bersama Borussia Dortmund. - Foto www.foxsports.com
Jurgen Klopp (kiri) dan Robert Lewandowski sewaktu bersama Borussia Dortmund. - Foto www.foxsports.com

MUNICH: Robert Lewandowski memberi amaran kepada Tottenham dan Manchester City bahawa Jurgen Klopp yang 'kejam' sudah bersedia untuk menewaskan mereka bagi gelaran bersama Liverpool.

Penyerang Poland itu menjaringkan 74 gol Bundesliga dalam hanya 131 perlawanan di bawah Klopp di Borussia Dortmund sebelum menyertai Pep Guardiola di Bayern Munich.

Dan Lewandowski percaya Klopp akan mendapat kelebihan daripada kekurangan Liverpool dalam bola sepak Eropah ketika dia merancang untuk kejutan dalam Liga Perdana.

Katanya: "Di bawah Klopp, saya rasa Liverpool akan bersaing untuk gelaran musim ini.

"Pep dan Manchester City pastinya tidak akan menjadikan ia mudah buat sesiapa saja memenangi gelaran, namun Liverpool ada peluang sebenar. Tanpa bola sepak Eropah, ia benar-benar akan membantu mereka menjadi segar untuk perlawanan dan tanpa kecederaan.

"Walaupun Klopp sentiasa tersenyum, dia cukup kejam untuk mengambil peluang itu."

Klopp mengemudi skuad dari Merseyside itu ke kedudukan keempat, dua mata di belakang pendahulu City, selepas kemenangan mengatasi Swansea Sabtu lalu.

- Agensi

Berita Harian X