Isnin, 30 Januari 2017 | 9:18am

Conte label Liverpool 'haiwan yang terluka'

Britain Football Soccer - Chelsea - Antonio Conte Press Conference - Chelsea Training Ground - 27/1/17 Chelsea manager Antonio Conte during the press conference Action Images via Reuters / Matthew Childs Livepic EDITORIAL USE ONLY.Matthew Childs
Britain Football Soccer - Chelsea - Antonio Conte Press Conference - Chelsea Training Ground - 27/1/17 Chelsea manager Antonio Conte during the press conference Action Images via Reuters / Matthew Childs Livepic EDITORIAL USE ONLY.Matthew Childs

LONDON: Pengendali Chelsea, Antonio Conte memberi amaran anak buahnya bakal berdepan lawan disifatkan 'haiwan yang terluka' apabila turun berdepan Liverpool, awal pagi Rabu nanti.

Liverpool kini tewas tiga aksi di laman sendiri yang menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris dan Piala FA serta turut ketinggalan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Blues mara ke kelompok 16 terbaik meskipun melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menumbangkan Brentford dalam aksi Piala FA, Sabtu lalu

Pasukan itu turut selesa dengan kelebihan lapan mata di persada EPL namun The Reds lebih 'berbahaya' terutamanya selepas Jurgen Klopp mahukan anak buahnya bangkit daripada beberapa keputusan hambar sebelum ini.

"Liverpool bagaikan 'haiwan yang terluka' jadi fokus pasukan itu pastinya tinggi. Kami akan berdepan ujian yang sukar kerana Liverpool pastinya mahu bangkit selepas tewas tiga kali berturut-turut," kata bekas pengendali kebangsaan Itali dan Juventus itu.

"Saya yakin Liverpool adalah antara pasukan yang mampu memberi saingan sehingga penghujung saingan liga. pasukan itu ada jurulatih dan pemain yang begitu baik.

"Pasukan itu mendapat sokongan padu penyokong dan kami perlu berwaspada dengan atmosfera yang ditunjukkan oleh penyokong kerana ia dapat membantu Liverpool tetapi kami juga akan beraksi seperti biasa." - Agensi

Berita Harian X