Ahad, 5 Februari 2017 | 8:45am

Serbia ke suku akhir Piala Davis

VIKTOR Troicki (kiri) dan Nenad Zimonjic dari Serbia meraikan kemenangan membawa ke suku akhir Piala Davispada pusingan pertama beregu lelaki yang menentang Konstantin Kravchuk dan Andrey Kuznetsov dari Rusia. - Foto EPA
VIKTOR Troicki (kiri) dan Nenad Zimonjic dari Serbia meraikan kemenangan membawa ke suku akhir Piala Davispada pusingan pertama beregu lelaki yang menentang Konstantin Kravchuk dan Andrey Kuznetsov dari Rusia. - Foto EPA

PARIS: Serbia mara ke suku akhir Piala Davis, awal pagi tadi sekali gus berpeluang untuk menempah pertembungan yang dinantikan antara dua pemenang 'heavyweights' Grand Slam, Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Juara edisi 2010 itu, mengatasi Russia 3-0 dalam aksi pembukaan acara berpasukan Piala Dunia tenis apabila Nenad Zimonjic-Viktor Troicki mengetepikan Andrey Kuznetsov-Konstantin Kravchuk 6-3, 7-6 (7/3), 6-7 (5/7), 6-4.

Awal pagi tadi, Troicki mengalahkan Karen Khachanov 6-4, 6-7 (3/7), 6-3, 1-6, 7-6 (8/6) dalam aksi perseorangan sebelum Djokovic menjadikan kedudukan 2-0 selepas Daniil Medvedev menarik diri disebabkan kekejangan otot ketika ketinggalan 3-6, 6-4, 6-1, 1-0.

"Saya perlu mengucapkan tahniah kepada Viktor untuk perlawanan yang hebat ini selepas lima jam bertarung di atas gelanggang," kata kapten Serbia, Zimonjic.

"Ia adalah satu cabaran besar walaupun dia antara pemain paling cergas dalam jelajah."

Djokovic kini kemungkinan berdepan Nadal pada pusingan lapan terakhir, April ini sekiranya pasukan juara lima kali Sepanyol berjaya menumbangkan Croatia di Osijek.

Nadal tidak disenaraikan untuk kunjungan ke Croatia selepas mara ke final Terbuka Australia, minggu lalu tetapi bakal kembali untuk berdepan Djokovic yang menjadi tunjang Serbia.

Sementara itu, kemenangan Carlos Berlocq-Leonardo Mayer 6-3, 6-3, 4-6, 2-6, 7-6 (9/7) ke atas Simone Bolelli-Fabio Fognini membantu menghidupkan perjuangan juara bertahan Argentina yang kini ketinggalan 2-1 kepada Itali. - AFP

Berita Harian X