Rabu, 2 March 2016 | 2:09pm

Preity Zinta kahwini teman lelaki, Gene Goodenough

PREITY Zinta, akhirnya mengahwini kekasihnya, Gene Goodenough, dalam majlis ringkas di Los Angeles malam Isnin lalu.
PREITY Zinta, akhirnya mengahwini kekasihnya, Gene Goodenough, dalam majlis ringkas di Los Angeles malam Isnin lalu.

MUMBAI: Pelakon popular Bollywood, Preity Zinta, akhirnya mengahwini kekasihnya, Gene Goodenough, dalam majlis ringkas di Los Angeles malam Isnin lalu.

Walaupun aktres itu tidak memberi pengakuan rasmi mengenai tarikh perkahwinannya, khabar angin bermula apabila rakan rapat Zinta, Sussanne Khan dan Surily Goel, dilihat berada di Los Angeles.

Malah Sussanne juga menyiarkan gambar beliau dengan Surily di Instagram dengan penerangan: "Ahad di California dengan @surilydpgoel Sunshine dan kereta vintaj. #cityofangels #LA #dreamcatcher ."

Laporan menyatakan, majlis dijalankan secara tertutup dengan kehadiran rakan rapat pelakon berlesung pipit itu.

Beliau merancang mengadakan majlis besar-besaran di Mumbai pada April ini.

Upacara kali ini akan dihadiri semua rakannya dalam bidang perfileman.

"Oleh kerana Preity pernah berpasangan dengan nama besar dalam industri filem dan terus rapat dengan sebahagian daripada mereka, beliau bercadang mengadakan majlis besar-besaran di Mumbai. Nama besar dalam industri di Bollywood dijangka hadir," kata sumber.

Ada juga laporan pasangan berkenaan bercadang melelong gambar perkahwinan dan menderma hasil jualan kepada Yayasan Preity Zinta.

Walaupun gosip mengenai perkahwinannya bermula tidak lama dahulu, pelakon itu tidak membuka mulut mengenai sebarang pengumuman.

"Bolehkah biarkan saya yang mengumumkan perkahwinan saya. Lagipun ia adalah mengenai kehidupan saya. Biarkan saya menguruskannya," tulis beliau dalam akaun Twitter sebelum ini. - Agensi

Berita Harian X