Sabtu, 11 Jun 2016 | 10:41pm

Ketua Al-Qaeda ikrar sokong pemimpin baharu Taliban

KETUA Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri. - Foto fail Reuters
KETUA Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri. - Foto fail Reuters

DUBAI: Ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri mengisytiharkan kesetiaan kepada pemimpin baharu Taliban Afghanistan, Haibatullah Akhundzada selepas pemimpin sebelum beliau terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat.

Pengisytiharan itu dilakukan dalam mesej audio dan video sepanjang 14 minit yang dimuat naik dalam talian, menurut kumpulan pemantau SITE Intelligence Group yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

"Kami mengisytiharkan kesetiaan kepada kamu dalam perjuangan untuk membebaskan semua tanah umat Islam yang dijajah dan dicuri dari Kashgar ke al-Andalus, dari Caucasus ke Somalia dan Afrika Tengah, dari Kashmir ke Baitulmaqdis, dari Filipina ke Kabul dan dari Bukhara ke Samarkand," kata Zawahiri.

Mesej itu turut mengandungi gambar pengasas Al-Qaeda, Osama Laden yang terbunuh dalam serangan pasukan khas Amerika Syarikat di Pakistan pada 2011.

Akhundzada dinamakan Taliban Afghanistan sebagai pemimpin baharu pada bulan lalu dalam peralihan kuasa pantas selepas kematian Mullah Mansour disahkan secara rasmi. - AFP

Berita Harian X