Isnin, 10 Oktober 2016 | 1:54pm
SUSPEK, Jaber Albakr. - Foto EPA
SUSPEK, Jaber Albakr. - Foto EPA

Polis Jerman berkas suspek rancang serangan bom

BERLIN: Polis Jerman sudah menahan seorang lelaki yang disyaki merancang satu serangan bom.

"Penat namun kami gembira dapat menahan suspek pengganas malam tadi di Leipzig," menurut polis negeri Saxony dalam kenyataan di Twitter.

Polis memburu suspek, Jaber Albakr, 22, seorang pendatang Syria sejak beliau bolos dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di bandar Chemnitz kelmarin. - Reuters

Berita Harian X