Jumaat, 28 Oktober 2016 | 7:33am

3 pemimpin Al-Qaeda maut di Afghanistan

AGENSI perisikan Afghanistan mengesahkan dua pemimpin atasan Al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat (AS). - Foto hiasan
AGENSI perisikan Afghanistan mengesahkan dua pemimpin atasan Al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat (AS). - Foto hiasan

KABUL: Agensi perisikan Afghanistan mengesahkan dua pemimpin atasan Al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat (AS), tamparan hebat kepada pengganas yang mahu menghidupkan semula kumpulan itu.

Washington berkata, serangan Ahad lalu itu menyasarkan Farouq al-Qahtani, ketua Al-Qaeda bagi wilayah timur laut Afghanistan dan timbalannya, Bilal al-Utabi, menggelarnya serangan paling penting ke atas kumpulan itu sejak beberapa tahun lalu.

Beberapa serangan peluru berpandu Hillfire meranapkan dua kawasan berbeza di Kunar di mana kedua-dua lelaki itu dipercayai bersembunyi, kata pegawai AS semalam tanpa mengesahkan jika serangan itu berjaya.

Direktorat Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (NDS) mengesahkan kematian mereka hari ini, menambah seorang lagi anggota kanan kumpulan itu turut terbunuh.

"Serangan itu dijalankan dengan kerjasama NDS," kata agensi perisikan dalam satu kenyataan, tanpa menamakan pemimpin ketiga.

Setiausaha media Pentagon Peter Cook sebelum itu berkata, kematian itu memberi tamparan terhadap kehadiran militan terbabit di Afghanistan. -AFP

Berita Harian X