Sabtu, 12 November 2016 | 10:50pm

Russia gagalkan komplot Daesh serang Moscow, St Petersburg

PERKHIDMATAN keselamatan FSB. - Foto fail Reuters
PERKHIDMATAN keselamatan FSB. - Foto fail Reuters

MOSCOW: Perkhidmatan keselamatan Russia berkata hari ini, ia menahan 10 orang ada kaitan dengan militan Daesh kerana disyaki berkomplot melakukan serangan bersenjata di ibu kota ini dan St Petersburg.

Perkhidmatan keselamatan FSB, pengganti KGB berkata, ia menahan 10 orang berasal dari Asia Tengah yang 'merancang melakukan rentetan tindakan sabotaj profil tinggi dan keganasan di Moscow dan St Petersburg.'

Ia berkata, suspek yang ditahan dalam operasi bersama bekas negara Asia Tengah bekas jajahan Soviet di Tajikistan dan Kyrgyzstan, memberi keterangan untuk berhubung dengan pemimpin Daesh.

Ia berkata, kumpulan itu disyaki berkomplot membunuh orang awam dalam tempat awam sesak menggunakan senjata automatik dan peranti letupan buatan tangan.

Ketika serbuan hari ini, FSB berkata, ia merampas empat bom buatan serta peranti letupan, senapang, peluru dan peralatan komunikasi. - AFP

Berita Harian X