Jumaat, 6 Januari 2017 | 6:50pm

Om Puri meninggal dunia

AKTOR, Om Puri. - Foto AFP
AKTOR, Om Puri. - Foto AFP

NEW DELHI: Aktor penuh karakter India, Om Puri, meninggal dunia di Mumbai, awal pagi ini.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dan beberapa pelakon terkenal India, menyiarkan ucapan takziah menerusi akaun Twitter masing-masing sejurus kematian Puri, 66, diumumkan pagi tadi.

Dalam sejarah kerjayanya melebihi tiga dekad, Puri memenangi banyak anugerah tempatan dan antarabangsa, khususnya bagi filem yang mendapat respon positif pengkritik.

Bakat lakonannya mula mendapat perhatian menerusi filem 'Ardh Satya' atau 'Half Truth' yang memaparkan krisis diri seorang anggota polis mendepani jenayah dan senario politik di India.

Puri turut dipilih membintangi filem komedi British, 'East is East' yang mengisahkan kehidupan seorang pendatang Pakistan di England, selain menjayakan peranan kecil dalam filem 'Mahatma Gandhi' arahan Richard Attenborough.

Mendiang turut membintangi beberapa filem Hollywood seperti City Of Joy, Wolf dan Charlie Wilson's War.

Pada 2014, Puri membintangi filem komedi 'The Hundred Foor Jouney' yang turut dibarisi aktres terkenal Britain, Helen Mirren.

Mendiang juga pernah dianugerahkan pingat Darjah Paling Cemerlang Empayar British (OBE) sebagai menghargai sumbangannya kepada dunia perfileman British pada 2004. - AP

Berita Harian X