Khamis, 19 Januari 2017 | 1:08pm

Gorila tertua mati

GAMBAR fail. Colo. - Foto REUTERS
GAMBAR fail. Colo. - Foto REUTERS

COLUMBUS: Gorila betina tertua yang lahir dalam kurungan, Colo, mati di Amerika Syarikat (AS) pada usia 60 tahun.

Colo mati dalam tidur di Zoo dan Akuarium Ohio di sini, kurang sebulan selepas menyambut hari lahirnya.

Ia lahir dalam zoo pada Disember 1956, dipercayai haiwan pertama lahir dalam kurungan.

Spesies gorila dari kawasan tanah rendah, Colo hidup 20 tahun lebih lama berbanding purata usia haiwan sama dalam kurungan lain.

Walaupun baru menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan malignan, penjaga zoo berkata, Colo pulih dengan baik namun punca kematian belum disahkan.

Pihak Zoo dan Akuarium Columbus dalam satu kenyataan berkata, Colo adalah 'duta gorila' yang memberi inspirasi kepada umum untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesies terancam itu.

Katanya, bangkai Colo akan dibakar manakala abunya disemadikan di tapak sama.

Disember lalu, ratusan pengunjung membanjiri zoo berkenaan bagi menyambut hari lahir Colo sambil menonton gorila berpangkat moyang itu, menikmati kek. -AGENSI

Berita Harian X