Ahad, 19 March 2017 | 10:52am

1 mati, 7 cedera gas meletup di Brussels

GAMBAR fail yang diambil pada 22 Mac 2016 menunjukkan anggota polis mengawal di pintu masuk perimeter keselamatan yang ditetapkan berhampiran Maalbeek - Stesen Metro Maelbeek, di Brussels, susulan serangan tiga pengebom nekad di lapangan terbang Brussels dan sebuah stesen kereta api bawah tanah berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah yang mengorbankan 32 orang serta mencederakan beratus-ratus yang lain. - Foto AFP

BRUSSELS: Seorang lelaki terbunuh manakala tujuh cedera termasuk tiga daripadanya serius dalam insiden letupan di sebuah rumah hari ini, dipercayai akibat kebocoran gas, kata pegawai.

"Petang ini (semalam), dua rumah penduduk meletup dan kemudian disusuli kebakaran," menurut kenyataan pendakwa raya awam Brussels.

"Seramai tujuh mangsa dikejarkan ke hospital. Menurut mereka, tiga daripadanya cedera parah termasuk seorang budak berusia dua tahun dan remaja berusia 15 tahun. Pada petang ini (semalam), mayat lelaki itu berjaya dijumpai dalam runtuhan, " katanya sambil menambah mayat itu belum dikenal pasti.

Bercakap kepada televisyen Belgium dan saluran RTL dan RTBF, Datuk Bandar Charles Picque berkata letupan berkemungkinan disebabkan kebocoran gas.

Belgium masih mengambil langkah berjaga-jaga sejak 22 Mac tahun lalu, susulan serangan tiga pengebom nekad di lapangan terbang Brussels dan sebuah stesen kereta api bawah tanah berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah yang mengorbankan 32 orang serta mencederakan beratus-ratus yang lain.

AFP

Berita Harian X