Jumaat, 12 Mei 2017 | 1:08pm

Kami tidak bertelagah - Menteri Kewangan Britain

Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond tiba di Teater Petruzzelli semasa G7 untuk menteri kewangan di bandar Itali selatan Bari, Itali. - Foto REUTERS
Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond tiba di Teater Petruzzelli semasa G7 untuk menteri kewangan di bandar Itali selatan Bari, Itali. - Foto REUTERS

LONDON: Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond, berkata laporan akhbar Times yang menyebut hubungannya dengan Perdana Menteri, Theresa May, semakin teruk adalah karut.

Menurut Times, dua tokoh politik paling kanan dalam kerajaan itu bertelagah mengenai dasar dan tidak sepakat mengenai beberapa isu menjelang pilihan raya pada 8 Jun ini.

Ketika ditanya mengenai laporan muka depan akhbar itu, Hammond memberitahu Radio BBC: "Tidak benar, ia karut."

Beliau menambah: "Kami sepakat dalam semua perkara berhubung dasar tenaga, pasaran dan beberapa isu lain. Kami sentiasa bekerjasama erat dalam perkara ini. Nampaknya pihak media mereka cerita."

Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan, Michael Fallon, turut menolak laporan itu, malah menganggapnya cuma gosip.

"Philip Hammond, Amber Rudd (Menteri Dalam Negeri), Theresa May dan Menteri Luar Negara (Boris Johnson) masih bekerja sama dalam Kabinet," katanya. - REUTERS

Berita Harian X