Khamis, 30 Oktober 2014 | 1:47pm

Saham KL tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi pada tengah hari ini, mendapat rangsangan daripada kenaikan saham mewah meskipun prestasi bursa serantau yang lemah. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.77 mata untuk ditutup kepada 1,843.32 selepas berlegar antara 1,838.04 mata dan 1,843.89 mata sepanjang sesi dagangan pagi.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 372 berbanding 340, manakala 278 kaunter tidak berubah, 664 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 952.46 juta saham bernilai RM906.3 juta.

Dalam kalangan kaunter utama ialah Press Metal, yang naik 41 sen kepada RM6.79, diikuti Nestle, yang meningkat 30 sen kepada RM68.

Konsortium Transnasional, yang naik 2.5 sen kepada 41 sen, muncul sebagai saham paling cergas diniagakan semasa sesi tersebut, diikuti YGL Convergence, yang meningkat 2.0 sen kepada 36.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 32.28 mata kepada 12,782.55 mata, Indeks FBMT100 menokok 30.48 mata kepada 12,424 mata, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 47.4 mata kepada 13,229.07 mata.

FBM 70 naik 53.41 mata kepada 13,980.53 mata, FBM Ace turun 14.09 mata kepada 6,487.19 mata dan Indeks Perladangan meningkat 63.75 mata kepada 8,529.64 mata.

Indeks Perusahaan naik 10.93 mata kepada 3,227.86 mata dan Indeks Kewangan menokok 22.51 mata kepada 16,780.68 mata.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa kepada YGL Convergence berikutan kenaikan harga dan jumlah dagangan sahamnya baru-baru ini.

- BERNAMA

Berita Harian X