Khamis, 19 November 2015 | 3:05pm

Saham KL tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.47 mata atau 0.15 peratus kepada 1,658.97 semasa mengakhiri sesi pagi hari ini, didorong kenaikan di kaunter syarikat berkaitan kewangan, dengan diterajui Malayan Banking Bhd.

Antara saham wajaran tinggi, Malayan Banking naik empat sen kepada RM8.22, menokok 0.66 mata kepada FBM KLCI, manakala Sime Darby meningkat empat sen kepada RM8.03 dan menolak naik indeks utama sebanyak 0.42 mata.

CIMB Group Holdings, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM4.56, RM18.02 dan RM6.59, Petronas dan Public Bank Bhd masing-masing melonjak 20 sen kepada RM18.66, manakala Petronas Dagangan meningkat 14 sen kepada RM23.46.

Indeks penanda aras utama diniagakan dalam lingkungan julat mata 5.52, dibuk lebih tinggi pada 1,657.09 dan mencecah paras tertingginya pada 1,661.51.

Bursa Malaysia diniagakan tinggi seiring dengan kebanyakan bursa serantau, menjejaki prestasi positif Wall Street pada Rabu, kata peniaga ekuiti.

Bagi pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun naik 1.14 peratus pada tengah hari kepada 19,872.53, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.10 peratus kepada 2,917.14 dan Hang Seng Hong Kong menokok 1.15 peratus kepada 22,442.54.

Di pasaran tempatan, Indeks FBM Emas naik 20.67 mata kepada 11,575.99, Indeks FBMT100 bertambah 19.58 mata kepada 11,248.12 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 18.55 mata kepada 12,509.21.

FBM Ace melonjak 234.62 mata kepada 6,828.47, manakala FBM 70 meningkat 32.74 mata kepada 12,896.83.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 16.19 mata kepada 14,022.66, Indeks Perusahaan menokok 15.88 mata kepada 3,290.27, manakala Indeks Perladangan turun 12.39 mata kepada 7,467.79.

Pasaran berada dalam lingkungan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 412 berbanding 378, manakala 329 kaunter tidak berubah, 719 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.99 bilion saham bernilai RM934.83 juta.

Antara saham aktif, Instacom naik 4.5 sen kepada 31 sen, Hibiscus meningkat tiga sen kepada 26 sen, mankala TMS dan Minetech masing-masing naik setengah sen kepada 10 sen dan 7.5 sen.

Panasonic menerajui kaunter paling untung, menokok 36 sen kepada RM22.56, manakala saham paling rugi, HCK Capital, susut 40 sen kepada RM3.10.

-- BERNAMA

Berita Harian X