Rabu, 27 April 2016 | 5:16pm

Saham Asia kebanyakan rendah

TOKYO: Saham Asia kebanyakannya rendah apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, manakala harga minyak berlegar hampir paras tertinggi 2016.

Spekulator menjangkakan Eropah juga FTSE Britain, DAX Jerman dan CAC Perancis dibuka sedikit berubah.

Nikkei Jepun hilang 0.4 peratus berikutan pembekal bahagian iPhone yang berpangkalan di Jepun berkurangan, selepas Apple Inc melaporkan penurunan kali pertama dalam jualan iPhone dan pendapatan sepanjang dekad dalam sekelip mata.

Saham Taiwan juga jatuh, terjejas oleh penurunan dalam saham pembekal Apple.

Indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.5 peratus. - Reuters

Berita Harian X