Selasa, 17 Mei 2016 | 11:27am

Buffet beli saham Apple AS$1 bilion

WARREN Buffett. - Foto REUTERS
WARREN Buffett. - Foto REUTERS

NEW YORK: Pelabur billionaire, Warren Buffett mengambilalih ekuiti dalam Apple bernilai AS$1 bilion, selepas saham gergasi teknologi itu dalam arah aliran menurun.

Laporan pegangan ekuiti itu didedahkan dalam makluman peraturan oleh syarikat pegangan Buffett, Berkshire Hathaway selepas saham Apple susut ke paras terendah dalam tempoh dua tahun minggu lalu.

Makluman itu tidak mendedahkan bila Buffett membeli pegangan atau sebab berbuat demikian, namun Buffett dikelaskan sebagai pelabur "bernilai" yang mengambil kedudukan dalam firma yang dilihat didagangkan di bawah nilai tara.

Makluman kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti menunjukkan Berkshire memegang 9.8 juta saham Apple shares dengan nilai sekitar AS$1.07 bilion.

Apple berada di bawah tekanan selepas keputusan jualan iPhone yang perlahan, mengancam sumber pendapatan dan keuntungannya.

Kehadiran Buffett beberapa minggu selepas seorang lagi billionaire, Carl Icahn, mengumumkan beliau menjual semua pegangannya dalam Apple selepas kempen berterusan syarikat untuk menyampaikan lebih nilai kepada pemegang saham.

Buffett, antara individu terkaya dunia memiliki pegangan dalam beberapa syarikat insurans, runcit dan operasi media.

Berkshire baru-baru ini meningkatkan pegangannya dalam IBM, sementara mengurangkan ekuitinya dalam Wal-Mart. - AFP

Berita Harian X