Selasa, 31 Mei 2016 | 5:53pm

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang asing berkenaan mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding mata wang utama lainnya.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.1260/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1150/1190, semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar AS mengukuh ke paras tertinggi baharu berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara itu pada masa akan datang.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9892/9940 daripada 2.9784/9831 pada Isnin dan rendah berbanding pound British kepada 6.0202/0298 daripada 6.0050/0133.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.5931/6014 daripada 4.5812/5873 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.7178/7245 daripada 3.7022/7068. - BERNAMA

Berita Harian X