Isnin, 17 April 2017 | 9:06pm

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peralihan minat pedagang kepada mata wang Asia, termasuk ringgit, dicetuskan ketegangan geopolitikal.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan pada 4.4030/4060 berbanding dolar AS berbanding 4.4050/4100 pada Jumaat.

Pedagang berkata, dolar AS terus kekal menerima tekanan, disebabkan kemungkinan serangan ketenteraan ke atas Korea Utara.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1542/1575 daripada 3.1521/1572 Jumaat dan lebih rendah berbanding pound British kepada 5.5244/5300 daripada 5.5107/5187.

Ringgit susut berbanding yen kepada 4.0648/0687 daripada 4.0450/0503 Jumaat tetapi menokok berbanding euro kepada 4.6782/6818 daripada 4.6786/6847.

BERNAMA

Berita Harian X