Selasa, 31 March 2020 | 11:08am
Bantuan pegawai jualan berpengalaman dan tawaran menarik turut ditawarkan untuk pelanggan.
Bantuan pegawai jualan berpengalaman dan tawaran menarik turut ditawarkan untuk pelanggan.

Gamuda Land adakan tawaran dalam talian

KETIKA rakyat Malaysia akur akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu supaya duduk di rumah demi keselamatan bersama, namun promosi dan aktiviti jual beli dalam talian oleh laman beli-belah bagi mengisi masa lapang terus berjalan seperti biasa.

Begitu juga dengan syarikat pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, Gamuda Land yang turut menawarkan pengalaman membeli rumah secara maya berserta tawaran istimewa sehingga 24 April depan buat pelanggan yang tidak dapat berkunjung ke galeri jualan ketika tempoh PKP ini.

Kemudahan dalam talian

Image

Ketua Pegawai Operasi, Gamuda Land, Aw Sei Cheh, berkata pengalaman maya dan tawaran dalam talian ini diadakan seiring dengan misi syarikat untuk bergerak maju dalam penerapan teknologi digital.

"Tidak seperti berkunjung ke galeri jualan biasa, pelanggan boleh melihat projek Gamuda Land 24 jam sehari di mana saja mereka berada sambil bercakap dengan pegawai jualan berpengalaman tentang pakej yang ditawarkan, semakan status kewangan dan banyak lagi kemudahan yang disediakan," katanya.

Tawaran eksklusif

Image

Sei Cheh berkata, sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang menempah unit di Gamuda Land berpeluang untuk menikmati tawaran eksklusif, penjimatan dan ganjaran tambahan.

"Antara tawaran dalam talian yang menarik adalah pakej ubahsuai rumah, pilihan hartanah terbaik untuk dibeli dan penjimatan berganda untuk unit tertentu. Ikuti laman Facebook Gamuda Land untuk pengumuman 'superdeals' dari semasa ke semasa," katanya.

Antara projek pembangunan terpilih Gamuda Land yang ditawarkan untuk tawaran dalam talian ini adalah Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive.7, Kundang Estates, Jade Hills, HighPark Suites, The Robertson di Lembah Klang, Horizon Hills di Iskandar Puteri, Johor dan Bukit Bantayan Residences di Kota Kinabalu, Sabah.

Terdapat banyak jenis hartanah daripada apartmen servis hinggalah rumah teres boleh dipilih untuk bujang, pasangan baru berkahwin dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran eksklusif dalam talian ini, layari laman web Gamuda Land atau hubungi 018 980 1888.

Berita Harian X